Bencana alam yang melanda Donggala dan Palu, Sulawesi Tengah telah meninggalkan kesan yang mendalam selepas 1,200 orang kini dilaporkan terkorban.
Susulan daripada gempa ni, muncullah golongan agama macam PU Amin yang mendakwa kononnya malapetaka ni semua berlaku sebab terlalu banyak maksiat sedang berleluasa atas muka bumi ni. Uishh!
Komen PU Amin ni obviously dapat kecaman teruk daripada netizen yang anggap kenyataan ni tak logik langsung sebab bencana ni tak semestinya bermaksud hukuman tapi boleh jadi jugak Tuhan nak bagi ujian kepada umat yang dia sayang, kan?
Bukan je netizen yang tak puas hati, golongan cerdik pandai dan ahli agama pun tak setuju sebenarnya. Nah baca apa dorang kata…
Bukan tugas kita tentukan bencana itu hukuman atau ujian Allah SWT
Elok hulurkan bantuan dan bukan jatuhkan hukuman atas bala itu
Tak semua hal kena bagi ayat sentap-sentap… puasa jari daripada tweet macam-macam
Oleh itu, lebih baik kita berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan sebab kadang-kadang takut terguris pulak hati mereka yang sedang dilanda bencana di sana.
Bak kata mereka yang cerdik pandai kat posting atas tu, daripada kita tuding jari cakap ini balasan Tuhan kepada mereka, lebih baik kita doakan semoga mangsa-mangsa di sana baik-baik saja.
Be strong Sulawesi!
Baca: ‘Co-Worker’ Lain Selamatkan Diri, Pemuda Ini Gadai Nyawa Selamatkan Ratusan Orang Daripada Tsunami