in

4 Pembida ‘Bertarung’, Banglo Sajat Akhirnya Terjual Dengan Harga RM3.73 Juta

syaz ft 2026 01 13T111008.648

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banglo milik pempengaruh dan usahawan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, akhirnya berjaya dijual pada Isnin.

Perkembangan itu dikongsikan oleh seorang ejen hartanah, Ishaq Marazi, menerusi satu hantaran di Facebook. Menurut Ishaq, seramai empat pembida terlibat dalam proses lelongan banglo tersebut dengan harga tawaran bermula RM3 juta.


Artikel berkaitan: “Bila jatuh sakit, betapa sunyinya hidup ni” –  Sajat Terlantar Di Hospital, Alami Batuk Kering Selama 2 Minggu

Artikel berkaitan: “Esoknya terus beruba” –  Nak Rasai Pengalaman Seram, Sajat & Roslan Shah Buat Aktiviti Paranormal Di Singapura

Hasil persaingan itu menyaksikan banglo berkenaan berjaya dilelong pada harga RM3.73 juta.

“Empat orang pembida berentap dan berjaya dijual dengan RM3.73 juta,” tulisnya.

Bagaimanapun, identiti pembeli banglo tersebut tidak didedahkan.

Untuk rekod, kali terakhir proses lelongan banglo itu diadakan pada Jun tahun lalu dengan harga RM3.411 juta, namun gagal menarik sebarang pembeli.

Nur Sajat sebelum ini terpalit dengan kontroversi yang melibatkan hal peribadi serta perundangan.

Dia kemudiannya meninggalkan Malaysia dan kini menetap di luar negara. Sejak itu, beberapa aset yang dikaitkan dengan Nur Sajat dilaporkan melalui proses lelongan bagi menyelesaikan urusan tertentu.

Sumber: Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.