in

4 Kisah ‘Reinkarnasi’, Kanak-Kanak Dakwa ‘Mati Hidup Semula’ Ni Memang Boleh Buat Korang Rasa Seram Sejuk!

Collage 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Reinkarnasi, mati hidup semula atau dilahirkan semula ini merupakan satu konsep kepercayaan beberapa agama seperti agama Hindu dan Buddha di mana mereka percaya segala kelakuan mereka akan menentukan bentuk kelahiran semula mereka selepas meninggal dunia.

Pun begitu, ada beberapa kes terkenal di mana beberapa kanak-kanak boleh ingat dengan jelas kehidupan mereka sebagai orang lain sehingga mampu memberikan gambaran yang jelas seperti tempat tinggal lama mereka, atau macam mana mereka mati sebelum dihidupkan semula sebagai orang lain.


Perkara ini jelasnya telah membuatkan ramai orang tertanya-tanya, betul ke reinkarnasi ni sebenarnya wujud, kalau tak, macam mana kanak-kanak ni boleh ada memori yang dorang tak pernah tahu pun sebelum ni? Sherammmm

Artikel berkaitan: “Dia tercungap-cungap” – Hampir Dikebumikan, Wanita 76 Tahun Diisytihar Mati Tapi Hidup Semula

Artikel berkaitan: “Dah 3 kali berlaku” – Penggali Kubur Kongsi Pengalaman Jenazah Hidup Balik Sebelum Dikebumikan

Jadi dekat bawah ni, korang boleh baca sendiri pengalaman kanak-kanak reinkarnasi yang pernah didokumentasikan mengatakan dorang ni pernah hidup sebelum ni sebagai orang lain, sampai ada yang boleh cakap bahasa lain tau!

Reincarnation And Plato

1. Wanita pernah hidup 150 tahun lalu

Salah satu kes yang reinkarnasi popular yang pernah didokumentasikan adalah dari pakar dalam bidang ni, iaitu Dr. Ian Stevenson. Kes ini berpusat kepada seorang wanita berusia 32 tahun bernama Uttara Huddar yang mula menggambarkan kehidupannya sebelum ini di perkampungan berhampiran ketika dia masih kanak-kanak.

Pada awalnya, ibu bapa Uttara Huddar tak berikan perhatian sangat dengan anak mereka yang fobia dengan ular dan sangat-sangat berminat dengan budaya Bengali yang agak berbeza dengan budaya mereka, Marathi.

Namun suatu hari, personaliti kehidupan silam wanita ini tiba-tiba menjelma sebagai seorang bernama Sharada. Sebagai Sharada, Uttara mula bercakap dalam bahasa Bengali yang sangat berbeza dengan percakapan hariannya sebelum ini menyebabkan ibu bapanya bimbang.

Dia juga telah menyebut sebanyak 25 nama orang yang dia dakwa dia kenal ketika kehidupan lampaunya serta hubungannya dengan setiap seorang dari nama tersebut serta cara dia berinteraksi dengan mereka.

Sharada mendakwa bahawa dia pernah hidup 150 tahun lalu dan tinggal sejauh 600 batu dari rumah Uttara. Dia dikatakan pernah digigit oleh ular tedung di ibu jari kanannya namun tak ingat bagaimana dia mati.

Apabila Dr. Stevenson dan kumpulannya membuat kajian mengenai kes ini, memang terbukti yang Uttara tak pernah buat apa-apa kajian sebelum menceritakan semua benda ni seperti banyak kisah palsu reinkarnasi yang lain. Malah, dia dan kumpulannya berjaya mengesahkan 24 kejadian yang berlaku dalam kehidupan wanita tersebut sebelum ini sebagai kisah benar.

2. Juruterbang mati hidup semula?

Pada tahun 2004 yang lalu, ABC News telah menyiarkan satu kisah reinkarnasi tentang seorang kanak-kanak berusia enam tahun James Leininger yang mula mengingati kehidupan lampaunya sejak dia berusia dua tahun.

Ia bermula ketika James yang baru berusia 18 pada ketika itu telah pergi melawat muzium perang bersama keluarganya. Selepas itu, kanak-kanak ini mula menunjukkan minatnya terhadap kapal terbang dan sering mendapat mimpi buruk mengenai kapal terbang terhempas dan terbakar.

Semasa dia tidur, James akan mula terjaga dan menjerit mengatakan bahawa kapal terbang terhempas, terbakar dan dia tak dapat keluar. Dia juga turut melukis gambar-gambar menunjukkan kapal terbang yang dikatakan telah menjadi punca kematiannya dan menanda gambar tersebut dengan nama James III.

Apabila James mula belajar bercakap, dia mula menceritakan kepada ibu bapanya tentang kehidupan silamnya sebagai juruterbang perang ketika Kempen Pasifik Perang Dunia Kedua. Kanak-kanak ini bukan sahaja dapat memberitahu nama kapal terbang yang dibawanya dia juga dapat namakan kapal pengangkutan yang membawa kapal terbangnya ketika itu iaitu Natoma.

Tak cukup dengan itu, James turut memberikan satu-satunya nama juruterbang, Jack Larsen yang dikatakan menjadi saksi kematiannya. Lebih mengejutkan, kesemua fakta yang disebut oleh James ini telah disahkan sebagai benar.

Ibu bapa James kemudiannya berjaya mengenalpasti James M.Huston, Jr sebagai satu-satunya juruterbang dari USS Natoma Bay yang meninggal dunia di dalam perang yang digambarkan oleh anak mereka ini.

Mereka juga turut berjaya menjejaki Jack Larsen dan lelaki itu mengesahkan yang dia telah melihat sendiri kapal terbang James Houstan terhempas. Kakak James dari kehidupan lalu turut mengesahkan kenyataan James mengenai keluarganya serta bapa mereka yang merupakan kaki botol dan wanita tersebut percaya kanak-kanak tersebut adalah adiknya yang dihidupkan semula.

3. Reinkarnasi pemain golf terkenal tahun 30-an

Seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun telah mendakwa bahawa dirinya merupakan Bobby Jones, seorang pemain golf yang pernah menang kejuaraan sebanyak 13 kali. Kanak-kanak bernama Hunter ini telah menerima mainan golf plastik ketika dia berusia dua tahun dan terus sukakan sukan tersebut.

Suatu hari, ketika dia menonton channel golf yang menunjukkan video perlawanan dari 1930-an, Hunter telah tunjuk ke arah Bobby Jones dan mengatakan yang itu adalah dirinya semasa dia dewasa. Selepas itu, Hunter menyuruh ibu bapanya untuk memanggilnya dengan nama Bobby kerana itu adalah namanya yang sebenar.

Bagi mengesahkan perkara yang disebut oleh Hunter, bapanya telah menunjukkan kanak-kanak ini enam gambar pemain golf ketika tahun 1930-an. Hunter telah memilih gambar Bobby Jones dan mengatakan yang itu adalah dirinya.

Tak cukup dengan itu, bapa Hunter turut menunjukkan beberapa rumah termasuk rumah Bobby Jones semasa kanak-kanak dan Hunter memilih gambar tersebut dan mengatakan yang itu adalah rumahnya.

Bakat Hunter dalam bidang golf berkembang dengan pantas, dia mula naik sebagai pemain golf kanak-kanak dan telah berjaya memenangi sebanyak 41 perlawanan daripada 51 perlawanan. Malah, ramai yang mengatakan pukulan Hunter memang saling tak tumpah seperti Bobby Jones!

4. Tentera laut ketika serangan Pearl Harbour

The Uss Arizona Bb 39 Burning After The Japanese Attack On Pearl Harbor Dec 7Th 1941 Wikimedia

Salah satu kisah reinkarnasi yang meninggalkan kesan terhadap Dr. Frederick Lenz yang menulis buku mengenai Lifetimes, True Accounts of Reincarnation, adalah mengenai dakwaan seorang lelaki bernama Charlie yang berusia empat tahun ketika dia mengingati kematiannya di Pearl Harbour.

Mary terkejut apabila anak lelakinya yang baru sahaja berusia empat tahun mengatakan bahawa dia pernah mati. Ia bermula apabila Mary membawa anak lelaki dan perempuannya untuk melihat persembahan terjunan tebing. Semasa dalam perjalanan, Charlie tiba-tiba mengatakan yang dia pernah mati.

Saya pernah mati dan ianya sangat sakit.”

Mary kemudiannya bertanya kepada Charlie tentang kematiannya, kanak-kanak ini mengatakan bahawa kakinya cedera parah. Melalui beberapa perbualan, Charlie telah menceritakan segala-galanya.

Menurutnya, di kehidupan lampau, dia telah dilahirkan sebagai anak tunggal bernama James Kellow dari Sans Francisco. Ketika dia berusia 20-an, dia telah menjadi pegawai tentera laut dan berkhidmat di atas kapal perang.

Kapal tersebut kemudiannya telah dibom dan meletup. James dan tiga lelaki lain telah berjaya menyelamatkan diri dengan bot penyelamat. Ketika tiba di pantai, James telah menarik satu-satunya krew yang masih hidup sebelum dia terjatuh dan meninggal dunia.

Mary kemudiannya telah membawa Charlie untuk melawat replika kapal USS Arizona yang terlibat dan berjaya menemui seorang pegawai tentera laut bernama James Kellow dari San Francisco.

Dr. Lienz kemudiannya mengesahkan kisah Charlie dan bangkai kapal tersebut masih berada di dasar Pearl Harbour.

Sumber: Reader’s Digest, Love to Know

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.