in

4 Bulan Tak Bayar Sewa, To’ki Tunggu Baitulmal Cari Rumah Sewa Baharu

toki tak bayar sewa rumah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular beberapa hari lalu mengenai seorang pemilik rumah yang mendakwa seorang penyanyi 90-an enggan membayar sewa rumah selama empat bulan.

Tindakan penyanyi itu telah menyebabkan pemilik rumah membuat laporan polis selepas notis mengosongkan rumah itu tidak diendahkan penyanyi lelaki berkenaan.


Dalam perkembangan terbaharu, penyanyi itu enggan memberi komen mengenai dakwaan tidak membayar tunggakan sewa rumah mencecah RM3,600 hingga diberikan notis keluar.

Artikel berkaitan: “Dia keluar dengan parang” – Penyanyi 90-an Enggan Berbincang, Tak Bayar Sewa Rumah 4 Bulan

Artikel berkaitan: “Kawasan rumah dicemari najis kucing” – Jiran Dakwa Penyanyi 90-an Pengotor, Selalu Memekak Tengah Malam

161e59e6 107b 462d a86f 1c94d7420afb

To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur dikatakan turut mengganggu jiran sekeliling kerana bertukang di tengah malam selain membiarkan kawasan persekitaran kediaman kotor.

Menurut Harian Metro, To’ki memaklumkan dia masih tinggal di rumah itu kerana masih menunggu makluman daripada pihak Baitulmal selepas pihak berkenaan memberi jaminan akan mendapatkan tempat tinggal baharu untuk dirinya sekeluarga dengan segera.

“Ya, saya masih duduk di sini (rumah sewa) lagi. Saya masih menunggu makluman terbaharu daripada pihak Baitulmal sebab mereka akan carikan rumah sewa baharu untuk saya. Insya-Allah, hari ni saya ada temu janji dengan mereka,” katanya.

Difahamkan, pemilik rumah memberi kebenaran kepada To’ki tinggal di rumah itu sehingga 31 Oktober ini selepas pertemuan bersama pegawai dari Baitulmal. Selain itu, pihak Baitulmal juga sudah melangsaikan tunggakan sewa dan bil elektrik itu.

Sebelum ini, penyanyi yang popular dengan lagu Seni Berzaman itu pernah tular apabila dilaporkan tinggal di pondok kecil bersama isterinya di pinggir hutan beberapa tahun lalu.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.