in

4 Bukti Gambar Ikonik Anwar ‘Angkat Tangan’ Bukan ‘Edit’ Seperti Dakwaan Bekas Wartawan

Untitled Design

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, portal berita rasmi Parti Islam Semalaysia (PAS), Harakah Daily melaporkan melalui satu video di Twitter bahawa gambar Anwar Ibrahim mengangkat tangan dengan mata lebam yang diambil pada tahun 1998 adalah palsu.

Perkara ini didedahkan oleh seorang bekas wartawan dan juruvideo media yang dikenali sebagai Hanafiah. Dia mendakwa, gambar Anwar angkat tangan tersebut telah disunting kerana pada hakikatnya Anwar hanya menoleh ke arah wartawan dan penyokongnya pada ketika itu.


Namun begitu, apabila bercakap dengan Malaysiakini, Hanafiah mengatakan bahawa dia tak pasti sama ada gambar Anwar angkat tangan tersebut disunting atau tidak namun seingatnya tangan Anwar telah digari ketika dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya pada 30 September 1998 yang lalu.

Selain itu, beberapa fakta dekat bawah ini juga turut membuktikan bahawa gambar yang telah dijadikan modal ketika zaman reformasi ini tidak disunting seperti yang didakwa…

1. Jurugambar sebenar sahkan ambil gambar

Kalau korang nak tahu, gambar Anwar angkat tangan dengan mata yang lebam itu telah diambil oleh seorang jurugambar dari agensi berita Associated Press (AP), Ed Wray.

F2Ic9Chbmaackor

Malah, Ed Wray pernah membuat ciapan pada tahun 2022 mengatakan bahawa dia gembira kerana  dapat tangkap momen ikonik itu.

Saya sedar yang ia telah menjadi imej popular apabila rakan-rakan hantar gambar cawan kopi dan t-shirt menggunakan imej tersebut.

Saya juga gembira kerana mendapat peluang untuk menangkap satu imej yag menunjukkan beberapa bukti perlakuan kasar yang diterima oleh Anwar semasa ditahan.”

F2Ic9Qybaaagayb

2. Guna kamera filem

1834969

Wartawan jurugambar AP, Vincent Thian pula mengatakan bahawa dia merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mengimbas negatif filem dari Ed Wray ketika hari kejadian dan menghantarnya ke pejabat AP di Bangkok.

Menurut Vincent lagi, kesemua negatif filem telah dihantar ke pejabat di Bangkok serta merta kerana risau sekiranya pihak kerajaan tiba-tiba membuat serbuan.

Kami semua merakam menggunakan kamera filem, merakam pada lima bingkai sesaat. Saya juga mendapat tangkapan yang sama tetapi ia adalah versi yang lebih luas, jadi kami memutuskan untuk menghantar foto Ed yang lebih dekat.”

Kalau korang nak tahu, Anwar telah mengangkat tangannya pada ketika itu selama kira-kira dua saat dan tak banyak wartawan yang sempat menangkap momen tersebut ekoran fungsi kamera pada ketika itu.

Kami berdiri di tepi jalan di luar Mahkamah PJ dan gambar itu diambil ketika Anwar keluar. Ia sangat singkat sebelum dia memasuki kereta polis.”

Kata Vincent lagi, pejabat AP di Bangkok turut mendapat ucapan terima kasih dari Anwar melalui surat yang dikirim dari penjara kerana berjaya merakam gambar tersebut.

Manakala bekas wartawan foto, Reuters Zainal Abdul Halim mengatakan bahawa dia melihat Anwar angkat tangan pada ketika itu tapi terlepas untuk merakamkannya.

Di dalam bidang ini, kalau kita nampak gambar itu maknanya kita telah terlepas. Pada masa kita lepaskan shutter, kita telah pun terlepas shot yang kita mahukan.”

3. Polis halang pandangan

Cb318F4Acd55Fc9460D467D208F30C0F

Tambah Zainal lagi, jurugambar pada waktu itu telah menggunakan kamera filem dan lensa panjang dan berada sejauh 10 meter jauh di seberang jalan dari pintu masuk mahkamah.

Lebih mencabar lagi, seramai 20 pegawai polis telah berbaris membelakangi pihak media dan menghalang pandangan jurugambar untuk melihat pergerakan Anwar.

Kami kena cuba untuk dapatkan gambar muka Anwar di antara kepada pegawai polis. Ada di antara kami yang dapat gambar tangannya diangkat tapi mukanya tak nampak dan lebam pada mata juga tak dapat. Hanya AP yang dapat ketiga-tiganya – muka, mata lebam dan tangannya diangkat.”

4. Tak ada masa atau peralatan untuk edit gambar

Reformasi1998

Tak cukup dengan itu, Zainal turut berkata, mengambil gambar menggunakan kamera filem ini bermakna jurugambar tak akan tahu hasilnya sehinggalah negatif tersebut diimbas.

Kami akan mula ambil gambar tanpa fokus kepada tempat tertentu dan mengharapkan yang terbaik. Kadang-kadang, kami bertuah.

“Tak mungkin gambar tersebut disunting kerana pada waktu itu kami tak ada masa mahu pun peralatan untuk sunting gambar. Nak cuci gambar pun tak ada masa.”

Zainal berkata, ketika perbicaraan Anwar, jurufoto akan imbas negatif untuk memeriksa sekiranya ada gambar yang boleh digunakan dan akan menghantar gambar yang elok menerusi biro serantau melalui kurier setiap hari dalam masa yang singkat.

Kalau korang nak tahu, Anwar beberapa kali telah mengangkat tangannya dengan cara yang sama sepanjang perbicaraannya di mahkamah.

Namun baru-baru ini, ia telah digunakan untuk menjadi bahan kempen selepas menteri besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor turut mengangkat tangan dengan gaya yang sama ketika di bawa ke Mahkamah Sesyen Selayang bulan lepas.

Tak cukup dengan itu, beberapa video di TikTok juga telah memuat naik gaya angkat tangan yang sama bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap Sanusi dan Perikatan Nasional.

Sumber: Malaysiakini, Twitter

 

Baca: Ini Antara 5 Kontroversi Yang Pernah Berlaku Sejak DS Sanusi Jadi MB Kedah

Collage 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.