in

“3K followers dah!” – Lama Menyepi, Malique Ibrahim Tiba-tiba Ada Instagram?

syaz ft 2025 02 26T155139.075

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi yang meminati genre Hip Hop, pasti akan kenal dengan nama Malique Ibrahim yang merupakan bekas ahli duo Too Phat yang terkenal di era awal 2000-an.

Umum mengetahui, selepas duo hip hop itu berpecah, Joe Flizzow dan Malique membawa haluan masing-masing namun Malique memilih untuk ‘bersembunyi’ dari media arus perdana dan hanya mengeluarkan lagu.


Artikel berkaitan: “Baju selalu tak ‘tuck in’ – Hannah Yeoh Cerita Perangai Joe Flizzow Zaman Sekolah

Artikel berkaitan: “Mungkin suatu hari kelak” –  Rakan Artis Kongsi ‘Malique’ Berhasrat Buat Konsert Sendiri

Malique yang juga dikenali sebagai ‘The General’ banyak mengeluarkan lagu dengan nama-nama besar industri seperti Dayang Nurfaizah dan yang terbaru kolaborasinya bersama Kmy Kmo, Aman RA dan juga Ernie Zakri. Lagu ini juga ada lagu tema bagi filem Polis Evo 3.

Pun begitu, pengasas syarikat rakaman Qarma Studios membuat kejutan apabila setelah sekian lama tidak ‘muncul’, beliau dilihat membuka satu akaun Instagram dengan nama @maliqueibrahimqarma.

Akaun yang dibuka kira-kira 18 jam lalu sudah mendapat lebih 3,000 pengikut, dalam akaun itu juga sudah dimuat naik beberapa gambar namun masih belum ada gambar yang memaparkan wajah lagenda hip hop itu.

Dalam 19 hantaran tanpa kapsyen di akaun itu, ada juga gambar selebriti lain seperti Zizan Razak dan Amir Jahari.

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis masih belum ada kenyataan penuh tentang mengapa Malique mencipta akaun Instagram tersebut.

Nak buat comeback ke? OMG!

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.