Pelakon Datin Atikah Suhaime menjadi tumpuan netizen setelah menerima kejutan daripada suaminya yang merupakan seorang usahawan iaitu Datuk Lokman Teh apabila dihadiahkan wang tunai yang berjumlah RM10,000 sempena hari jadi yang ke-35.
Pemilik nama sebenar Nur Atikah Mohd Suhaime, 35, berkata, dia yang sering mendengar nasihat orang agar berkahwin awal mula merasai kemanisan alam perkahwinan.
Artikel berkaitan: Atikah Suhaime Selamat Bersalin, Nama Lyla Mulan Teh Jadi Pilihan
Artikel berkaitan: Atikah Suhaime Kongsi Video Jadi ‘First Time Mum’, Ada Netizen Persoal Kenapa Perut Tak Kempis
“35 and 10K richer. Thank you baby and all who gave me me presents.”
Di samping itu, Atikah juga menerima barang-barang berjenama mewah dan juga beberapa hadiah lain daripada orang terdekatnya.

Dalam pada itu, Atikah juga ada muat naik hantaran lain menunjukkan kenangan sebelum mereka berdua berkahwin apabila Lokman sebelum ini menghadiahkannya sejambak bunga mawar merah.
Bagaimanapun kali ini, suaminya tampil memberikan kejutan berbeza menggantikan sejambak bunga itu dengan ‘sejambak’ wang tunai.
View this post on Instagram
Sekadar rujukan, Atikah dan Lokman mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2024 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Lyla Mulan Teh yang kini berusia setahun.
Sumber : Instagram
