in

“30 pasangan sebulan” – Permohonan Pasangan Malaysia Berkahwin Di Siam Meningkat Dua Kali Ganda

ft kahwin thailand

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini semakin rancak berita mengenai pasangan Malaysia yang bertindak untuk bernikah di negara jiran, Thailand. Terlalu banyak spekulasi yang telah dilontarkan oleh warganet terhadap tindakan sedemikian.

Mungkin juga terdapat beberapa faktor yang memaksa pasangan tersebut sehingga membuat permohonan pernikahan di sana. Permintaan pasangan Malaysia untuk mengadakan akad di Thailand tahun lalu telah meningkat dua kali ganda.


Menurut laporan Sinar Harian, peningkatan itu susulan pembukaan semula sempadan negara setelah ditutup hampir dua tahun disebabkan pandemik Covid-19.

321200972 537024228445889 8830304497563295568 n

Kamal, seorang ejen nikah sempadan, 50, berkata, sebelum ini mereka hanya menerima 15 hingga 20 pasangan sebulan yang mahu menggunakan perkhidmatannya, namun baru-baru ini jumlah itu telah melonjak kepada 30 ke 40 pasangan.

Kamal turut memberitahu, oleh sebab dua tahun sempadan ditutup jadi ada beberapa urusan pasangan yang mahu melangsungkan pernikahan di selatan Thailand tertangguh.

“Ini antara faktor peningkatan berlaku secara mendadak. Begitupun kita terpaksa mengehadkan pasangan untuk dibawa bagi memudahkan proses urusan agar berjalan lancar,” katanya.

Dia yang telah bekerja selama lebih 12 tahun dalam perkhidmatan itu berkata, tidak kurang daripada 20 pasangan dari Malaysia bernikah di Songkhla setiap hari dan jumlah itu akan bertambah apabila tibanya musim sekolah.

Tambahnya, Songkhla menjadi pilihan pasangan itu kerana kedudukannya yang dekat dengan konsulat dan memudahkan pasangan mendapatkan pengesahan pernikahan.

311865511 572663758194735 7379562330102671622 n

Kamal akui kebanyakan pasangan negara ini sanggup mengambil risiko bernikah di sempadan oleh kerana proses pendaftarannya yang jauh lebih mudah lagi-lagi kalau melibatkan urusan berpoligami.

Mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan mengikut pakej yang ditawarkan antara RM2,000 ke RM5,000 untuk kumpulan biasa, dan ada juga yang sanggup membuat bayaran serendah RM10,000 bagi golongan kenamaan supaya urusan mereka lancar.

“Bayaran ini termasuklah urusan keluar masuk sempadan, urusan nikah, bayaran imam dan jurunikah bertauliah serta segala dokumen berkaitan nikah,” ujarnya.

Sumber: Facebook, Sinar Harian

Haaa tu korang rasa berbaloi ke kahwin dekat Siam ni? :/

Baca : MAIS Tidak Iktiraf Pakej Pernikahan Di Thailand

nikah thailand 758x399 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.