Tular satu hantaran di media sosial yang mendakwa Semboyan Supermarket yang diusahakan oleh abang Yusuf Azmi, Asrul Azmi telah berhutang lebih RM20,000 dengan pihak pembekal selama lebih 3 tahun.
Sedikit info untuk mereka yang tak berapa tahu, Yusuf Azmi merupakan pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia.
NGO ini membantu orang dalam menyelesaikan masalah seperti hutang, penipuan, penindasan, kepenggunaan,warisan dan harta pusaka serta kemungkiran perjanjian.
Artikel berkaitan: Kes Ibu Didera Anak: Keluarga Salahkan ‘Semboyan’ Dakwa Mereka Melebih-lebih?
Artikel berkaitan: Isu Barangan Ciplak, Ramai Netizen Bandingkan Cara Yusuf Azmi Dengan Khairul Aming
Berbalik kepada hantaran tular itu, pembekal iaitu Arleyza Resources menyatakan mereka sudah berulang kali meghubungi pihak Semboyan Supermarket untuk menjelaskan hutang dan telah pun mengadakan pertemuan dengan Asrul namun sehingga kini hutang tersebut masih belum dibayar.
Difahamkan, pembekal turut memanjangkan isu kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Dalam perkongsian tersebut, turut disertakan bukti tangkap layar mesej mereka seolah-olah terpaksa merayu memohon Semboyan Supermarket membayar hutang.
Sebelum ini, Yusuf Azmi ada memberi jawapan balas mengenai isu hutang tersebut dengan mendakwa jumlah hutang sebenar hanyalah RM7,397.29 dan bukannya lebih RM20,000 seperti yang didakwa.
Malah, pihaknya juga memaklumkan mahu mengambil tindakan kepada pihak pembekal sekiranya tidak menurunkan hantaran melibatkan isu hutang ini.
Bagaimanapun, pihak pembekal menjawab dakwaan itu dengan menyatakan Semboyan Supermarket hanya mahu membayar wang mengikut jumlah produk yang terjual sahaja. Manakala produk yang tidak terjual dan sudah mengalami tarikh luput diminta ambil semula dan tidak dikira dalam hutang.
Akibat isu hutang ini, pembekal terpaksa menanggung hutang pembiayaan kepada MARA & Tekun atas pinjaman perniagaan yang dibuat.
Harapnya kedua-dua pihak dapat selesaikan isu ini dengan baik. Yang penting, hutang wajib dibayar!
Sumber: Facebook