in

3 Lelaki Lempar Anjing Ke Sungai Penuh Buaya, Berang Makanan Sering Dicuri

cats 54

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiga orang lelaki di Indonesia bertindak melempar seekor anjing hidup-hidup ke dalam sungai sebelum ia dibaham buaya hanya kerana  berang makanan sering dicuri oleh anjing tersebut.

Kejadian difahamkan berlaku di daerah Semakung, Nunukan, Kalimantan Utara, Indonesia. 


Tindakan tiga lelaki yang tidak berperikemanusiaan ini dirakamkan dalam sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, seorang lelaki dilihat menangkap seekor anjing ditepi sungai.

Pada masa yang sama, dua lagi lelaki dilihat berdiri berhampiran sungai. Lelaki itu dibantu rakannya untuk memegang anjing itu, sebelum melempar haiwan malang itu ke dalam sungai sambil ketawa.

Yang menyayatkan hati lagi, seekor buaya yang berada di dalam sungai tersebut terus menyambar haiwan tersebut untuk dibaham. 

1 7

3 1 4

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga mereka terus ditahan polis selepas video itu menjadi perhatian netizen di pelbagai media sosial.

Menurut ketua polis, pelaku dikenali sebagai Dedy, Rosady dan Gio.

Jelas pelaku, mereka berbuat demikian kerana berang dengan tindakan anjing yang sering mencuri makanan pekerja.

Motif kejadian adalah marahkan anjing yang didakwa sering ‘mencuri’ makanan pekerja diletakkan di atas meja.

“Mereka mendakwa haiwan itu sudah beberapa kali mencuri makanan pekerja menyebabkan mereka hilang sabar dan bertindak di luar kawalan,”

Akibat tindakan mereka itu juga, mereka bertiga telah dipecat serta merta oleh pihak syarikat yang turut mengecam tindakan kejam itu. Pihak syarikat juga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan tugasan.

Kredit: Buletin TV3

BACA: Anjing Menangis Lepas Dipaksa Makan Cili Demi ‘Content’ Video Tuan

cats 55

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.