Peribahasa Melayu ada menyebut, bagai mendukung biawak hidup yang bermaksud kita menolong seseorang yang akhirnya menyusahkan hidup kita. Peribahasa itu kebelakangan ini banyak digunakan dalam kalangan netizen, terutama sekali apabila terdapat kisah mengenai perihal rumah tangga.
Baru-baru ini, sebuah kisah mengenai nasib malang seorang orang wanita yang mempunyai bekas suami ‘biawak hidup’ tular di Twitter dan Facebook.
Dalam posting tersebut, wanita berkenaan menceritakan pengalamannya dicurangi oleh seorang lelaki Sweden ketika masih bergelar isteri.
Tidak cukup dengan itu, lelaki tersebut berkahwin pula dengan ‘skandalnya’ yang berbangsa Melayu ketika wanita berkenaan melakukan dua kerja bagi menampung kehidupan dan kos pembelajaran serta insurans lelaki Sweden itu.
Difahamkan, lelaki itu juga menyalahgunakan sistem visa di negara ini hanya kerana dia malas untuk bekerja dan mencari wang.
Lebih memeritkan lagi, skandal bekas suaminya itu meminta wanita tersebut membayar RM 1,500 sebulan sebagai salah satu syarat untuk membenarkan mereka bercerai.
“Dia juga pernah melakukan keganasan dengan memukul saya sehingga saya dimasukkan ke hospital sebanyak tiga kali.” tulisnya.
“Biawak hidup ni tak mengira bangsa!”
Rata-rata netizen naik angin dengan perkara tersebut, siapa je tak geram dengan lelaki jenis macam ni kan?
Jaga-jaga pilih pasangan ya guys!
Baca: “Lo mati gue party” – Video Wanita Berjoget Di Sisi Suami Curang Terlantar Undang Perbalahan Netizen