Boleh dikatakan sudah 2 tahun kita tak merasakan perasaan gembira dan berkobar-kobar begini bila menjelang hari raya.
Orang ramai dilihat sakan berbelanja pada hujung minggu lepas, tambahan pula Ramadan ini hanya berbaki beberapa hari saja lagi sebelum kita melangkah ke bulan Syawal.
“10 jam keluar shopping”
Pun begitu, keterujaan orang ramai berbelanja pada minggu lepas dapat dilihat apabila jalan raya di pusat bandar dilihat sesak luar biasa sehinggakan ada seorang pengguna TikTok berkongsi video yang mengatakan mereka tersekat di dalam traffic jam berjam-jam lamanya.
@abohmung24 Siapa macam ni…🤩#abohmung #suamiidaman #raya2022
10 jam keluar shopping. 3 jam shopping, 7 jam dalam kereta.”
Tak cukup dengan itu, ada juga yang meluahkan rasa marah dan penat apabila tersekat di dalam parking shopping mall dan termasuklah tersekat di dalam jammed hanya gara-gara ingin keluar ke kedai. Alahai…
@tyahae Kebas kaki nyah
https://www.tiktok.com/@puteribuluhbetung/video/7089774404246277402?_t=8RlrUF1OpiU&_r=1
“Ni baru jammed shopping ye… balik kampung kita tengok pulak macam mana”
Kesemua video berkenaan luahan netizen akan kesesakan jalan raya itu telah mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata reda melalui situasi tersebut dan ada juga yang telah menjangkakan kesesakan luar biasa di highway nanti semasa pulang ke kampung.
Erk… memang kena sabar je lah kan. Dua tahun tak beraya punya pasal…
Baca: “Takut kena samun je ni” – Wanita Tunjuk Tukar Wang Tunai RM 2 Juta Untuk Raya Dikecam Netizen