in

“3-4 tahun, lirik acah dah lejen” – Netizen Kritik Kenapa Malique Lagi Ada ‘Value’ Berbanding K-Clique

Kclique3

Malique, nama yang tak asing lagi dalam industri seni Malaysia ni, biarpun bekas anggota Kumpulan Too Phat ini tidak lagi menonjolkan diri di hadapan umum, tapi hasil nukilannya menghasilkan lagu-lagu genre hip hop pasti menjadi siulan orang ramai.

Dalam masa yang sama, nama kumpulan K-Clique kini sedang menjadi fenomena dalam kalangan anak-anak muda.

Biarpun kedua-dua penyanyi hip hop ini berada di dalam genre yang sama, Amirul Ruslam menyifatkan macam langit dan bumi. Baginya Malique adalah legend sejati kerana…

 

Lirik berunsur lagenda.

https://twitter.com/amirulruslam/status/1216798894933172224?s=21

 

Miming & lirik lucah.

Kata Amirul, K-Clique biasanya akan  guna Miming je waktu stage performance.

“Kalau betul lejen. Keluarkanlah suara tu. Haha”

Malah, ramai dah sedia maklum dalam segelintir lagu K Clique, tapi katanya ada yang masih bangga bila nyanyi part “Tengok bawah dia tunduk, tak kisah dia angguk” dan seterusnya.

“Bila kita tengok budak2 bawah umur nyanyi. Kita cakap savage bagai.”

Berbeza dengan Malique, liriknya lebih sastera.

Kclique
Sumber : twitter

Kata Amirul lagi, kritikan ini bukanlah untuk condemn tapi dia ingin menzahirkan rasa bimbangnya terhadap generasi akan jika dewasa kini ‘suap’ dan paparkan contoh negatif.

“Jangan terkejut, kalau ada anak2 kita nanti, umur 8-10 tahun dah reti mencarut/ ckp lucah.”

Kclique2

Dengan kritikan yang diberikan ini, dia tak kisah jika dirinya dikecam oleh peminat-peminat kumpulan tersebut, dalam pada itu, ramai netizen menyokong. Thread ini lebih 3,200 jumlah perkongsian sepanjang ia dimuatnaik dalam masa 24 jam.

 

Baca : “Akhirnya ada pun yang cakap” – Dikatakan Kurang Memuaskan, Lelaki Ini Hentam Persembahan ‘Live’ K-Clique

Clique