Baru-baru ini, kerajaan negeri Kelantan telah melaksanakan undang-undang Syariah dengan menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 pada 1 November lalu.
Menurut Sinar Harian, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, mengatakan pihaknya telah memilih kaedah pelaksanaan hukuman retributif (hukuman setimpal dengan kesalahan) dan restoratif (hukuman bersifat pemulihan) untuk memulih dan memberi kesedaran kepada pesalah syariah.
Enakmen ini juga turut mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sulatan Muhammad V.
Antara kesalahan baru yang akan dilihat sebagai jenayah adalah seperti berikut:
- Derhaka kepada ibu bapa
- Ilmu sihir
- Nekrofilia (bersetubuh dengan mayat)
- Tidak menghormati bulan Ramadan
- Keluar dari Islam atau cuba untuk keluar dari Islam
- Memusnahkan tempat ibadat
- Putar belit ajaran Islam
- Membuat tuduhan palsu
- Salahguna logo halal
- Persetubuhan dengan bukan manusia
- Mencacah tatu atau membuat pembedahan kosmetik
- Makan harta anak yatim
- Tipu sukatan atau ukuran
- Menuduh melakukan zina atau liwat
- Mengganggu rumah tangga orang
- Halang hidup sebagai suami isteri
- Memujuk orang Islam lari dari jagaan
- Kata-kata yang boleh memecahkan keamanan
- Perkara yang mengkhayalkan
- Berjudi
- Muamalat yang berlawan dengan hukum
- Subahat
- Penetapan hukuman restoratif
Jika didapati bersalah melakukan mana-mana kesalahan ini, mahkamah Syariah akan memberikan mandat untuk mendengar sebutan kes dan akan dikenakan hukuman maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000, atau 6 sebatan menggunakan rotan atau mana-mana hukuman digabungkan.
Perlaksanaan enakmen ini bukan sahaja untuk menghukum tapi juga untuk mengajar dan menjinakkan hati pesalah supaya mengikut ajaran Islam dan kembali ke jalan yang benar.
Baca: Pelan Pemulihan Negara: Kedah & Kelantan Akan Buka Sekolah 31 Oktober