in

23 Aktivis Malaysia Yang Sertai Global Sumud Flotilla Dijangka Pulang Ke Tanah Air Pada Isnin

feature image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, gempar di pelbagai platform media sosial apabila aktivis dan sukarelawan dari Malaysia yang menyertai misi pelayaran Global Sumud Flotilla telah ditahan oleh tentera Israel ketika mereka dalam misi untuk menyampaikan bantuan kepada rakyat Gaza di Palestin.

Terkini, seramai 23 orang aktivis Malaysia difahamkan sekarang sedang berada di Istanbul, Turkiye selepas dibebaskan daripada tahanan terbabit pada Sabtu semalam.


Menurut laporan Sinar Harian, kesemua 23 aktivis dari Malaysia itu telah diterbangkan ke Istanbu; pada malam tadi dari Lapangan Terbang Ramon petang semalam.

Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul telah disambut oleh kerajaan Turkiye sendiri dan pihak kedutaan Malaysia di Turkiye.

aktivis sumud flotilla

Artikel berkaitan: “Susu, beras dan ubat masih di atas kapal” – SNCC Sahkan Bantuan Global Sumud Flotilla Masih Ditahan Isra*l

Artikel berkaitan: Global Sumud Flotilla: Banyak Negara Bantu Bawa Pulang Rakyat Malaysia Yang Ditahan Israel

Difahamkan juga, aktivitis-aktivis Malaysia tersebut akan diterbangkan pulang ke tanah air seawal Isnin ini iaitu pada esok dengan ditaja oleh pihak negara Turkiye selepas bermalam di Istanbul.

Mereka akan menaiki penerbangan Turkish Airlines.

Dalam masa yang sama, pihak Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Malaysia yang telah berjaya menggunakan hubungan diplomatik antarabangsa dalam misi membawa pulang aktivis Malaysia dengan selamat.

Untuk pengetahuan semua, akan ada beberapa orang lagi aktivis dari Malaysia termasuklah Nadir Al-Nuri yang ke Istanbul untuk mengikuti semula misi kemanusiaan ini di sana.

Sama-sama kita doakan keselamatan kesemua aktivis yang terlibat dalam misi bantuan ini.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.