Percayalah dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Memberi bantuan kepada orang yang memerlukan merupakan salah satu tanggungjawab kita sebagai seorang manusia walaupun jumlahnya hanya RM1.
Semalam, viral satu video menunjukkan seorang lelaki membeli semua pau yang dijual oleh warga emas siap bagi duit tambahan lagi. Dalam perkongsian @FSChannel, dia telah memuat naik video di mana dia telah memborong semua pau yang dijual oleh warga emas tersebut. Baiknya bro ni…
https://www.facebook.com/ChannelFS/videos/532317381321491/
“Kuat lagi kudrat pak cik”
Pak cik Ariffin atau lebih glamour dipanggil Pak Cik Ripin ini telah berusia 74 tahun dan sudah berniaga pau hampir 11 tahun di Jalan Singa 20/1, Seksyen 20, Shah Alam. Dia meniaga pun hanya menjual pau yang dibuat oleh adik iparnya dan mengambil beberapa sen sahaja daripada hasil jualannya. Sedihnya…
Selepas mendapat tahu berita tentang Pak Cik Ripin ini, team FS Channel telah pergi ke kedainya untuk memberi bantuan sedikit sebanyak dapat meringankan bebannya. FS Channel merupakan saluran sosial media yang ditubuhkan oleh Yayasan Maghfirah bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan.
Salah seorang daripada team FS Channel ini telah berjumpa Pak Cik Ripin untuk memborong semua pau yang dijual pada hari tersebut. Pau yang dibelinya itu diberikan kepada pelanggan yang lalu lalang di depan kedai Pak Cik Ripin.
“Semoga Pak Cik Ripin dimurahkan rezeki selalu”
Team FS Channel juga sempat memberikan sedikit sumbangan kepada Pak Cik Ripin. Sumbangan tersebut merupakan dana yang diperoleh daripada penonton dengan bantuan Yayasan Maghfirah.
Riak muka Pak Cik Ripin kelihatan sangat terharu dan sempat berdoa agar sentiasa dimurahkan rezeki. Video ini telah menerima hampir satu juta tontonan di Facebook FS Channel. Rata-rata penonton sangat kagum dengan usaha mereka dalam membantu golongan susah seperti Pak Cik Ripin
Min harap FS Channel tidak berhenti menghulurkan bantuan dan sentiasa dimurahkan oleh-Nya.