in

200,000 Kenderaan Setiap Hari, Pulau Pinang Bakal Dipenuhi 2.4 Juta Kenderaan Sepanjang Tahun Baru Cina

Pulau Pinang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Trafik di Pulau Pinang untuk sambutan Tahun Baru Cina minggu hadapan dijangka akan menjadi padat.

Memetik laporan Harian Metro, sebanyak purata 200,000 kenderaan dijangka akan memasuki Pulau Pinang dalam sehari sekaligus menjadikan jumlah kira-kira 2.4 juta kenderaan sepanjang sambutan itu.


Screenshot 2025 01 26 at 1.01.33 PM

Artikel berkaitan: Jalan Sesak Hari Raya, Penduduk Cina Baik Pulih ‘Jalan Tikus’ Untuk Kegunaan Orang Ramai

Artikel berkaitan: Kerajaan Setuju Beri Diskaun Tol 50% Sempena Tahun Baru Cina

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, jangkaan puncak bilangan kenderaan di Pulau Pinang adalah pada minggu hadapan.

Bagi mengawal trafik yang tinggi, pihaknya telah mengenal pasti lapan kawasan yang kerap berlaku kemalangan maut.

Kawasan tersebut ialah Jalan Air Itam Paya Terubong dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong di daerah Timur Laut, Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Tun Dr Awang (Barat Daya), Jalan Teluk Air Tawar ke Jalan Bagan Luar (Seberang Perai Utara), Jalan Perusahaan Perai (Seberang Perai Tengah) dan Lebuhraya Utara Selatan serta Jalan Besar Simpang Ampat di daerah Seberang Perai Selatan.

Screenshot 2025 01 26 at 1.02.05 PM

Beliau juga menambah untuk semua pengunjung dan penduduk Pulau Pinang agar sentiasa patuh dengan arahan lalu lintas serta memandu dengan berhemah.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.