Bagi pasangan suami isteri yang sudah lama mencuba untuk mendapatkan zuriat, pasti mereka ternanti-nanti bilakah giliran mereka diberikan rezeki tersebut. Namun, semua ini bergantung kepada aturan Tuhan yang menetapkan waktu yang sesuai untuk hamba-Nya.
Satu video perkongsian oleh @syirakamanshah di TikTok, memaparkan momen yang pasti tidak dapat dilupakan apabila dia membuat kejutan ujian kehamilan kepada suami dan keluarganya.
2 tahun tunggu zuriat
Ketika Syira menunjukkan ujian kehamilan yang bertanda ‘dua garis’ itu kepada suami, kedua-dua mereka tidak dapat menahan sebak kerana gembira dan terharu dengan berita baik itu. Berkali-kali suaminya bertanya kepada Syira tentang perkara itu adakah ia benar ataupun tidak.
Artikel berkaitan: “Penantian 11 tahun” – Pasangan Suami Isteri Menanti Zuriat Setelah Sekian Lama, Undang Sebak Netizen
Artikel berkaitan: “Hadiah anniversary yang terindah” – Suami Isteri Sebak Akhirnya Dapat Zuriat Selepas 16 Tahun Menanti
Bersyukur atas rezeki tersebut, Syira dan suami berpelukan serta memujuk antara satu sama lain. Selain membuat surprise kepada suami, Syira turut membawa berita gembira itu kepada kedua-dua orang tuanya.
Berkat usaha dan izin Allah, Syira akan mendapat zuriat yang pertama setelah dua tahun penantian. Kata Syira di ruangan kapsyen, dia juga diuji dengan sindrom kesuburan yang dipanggil PCOS (Sindrom Ovari Polisistik) yang menyukarkan wanita untuk hamil.
Alhamdulillah.. dengan izin Allah, 2 tahun lebih kami menunggu buah hati pertama kami hadir dalam rahimku. Kita PCOS, diet.. senaman, melekat..
@syirakamanshah Alhamdulillah. Dengan izin Allah…2 tahun lebih kami menunggu buah hati pertama kami hadir dalam rahimku…kite PCOS…diet… exercise… melekat. Saya doakan anda semua dikurniakan zuriat yang soleh & solehah 🤲🏻✨ Alhamdulillah #ttc #ttcjourney #pcosfighter #firstbaby @SK Diecast
Bagaimanapun, Syira mendoakan pengguna TikTok lain yang sudah lama menunggu zuriat agar diberi peluang untuk menjadi ibu bapa suatu hari nanti.
Saya doakan anda semua dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.. Alhamdulillah..
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen terharu lalu mengucapkan tahniah kepada Syira dan suami.
Sebaknya tengok video ni..
Sumber: TikTok