in

2 Lelaki Terkena Renjatan Elektrik Ketika Curi Kabel Pencawang Elektrik TNB

Kena Renjatan Elektrik Ketika Curi Kabel Tnb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua orang lelaki dilaporkan telah terkena renjatan elektrik di Seksyen 6, Shah Alam ketika mereka sedang mencuri kabel pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad atau TNB semalam.

Kejadian terkena renjatan elektrik itu berlaku sekitar waktu tengah hari Jumaat semalam dan kedua-dua lelaki itu difahamkan cedera kerana melecur pada kaki, muka dan tangan.


Kedua-dua mereka yang masing-masing berusia 31 tahun dan 49 tahun itu kemudiannya dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan, lapor Sinar Harian.

1 11
Gambar sekadar hiasan

Artikel Berkaitan: “Langgar undang-undang” – Ubah Suai Meter TNB Untuk Cas Kereta Elektrik Satu Kesalahan Jika…

Artikel Berkaitan: 2 Individu Maut Dalam Lubang Pembetung Sedalam 6 Meter Lepas Curi Kabel

Menurut Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim iaitu Ketua Polis Daerah Shah Alam, laporan tentang kejadian tersebut telah diterima oleh pihak polis setelah dilaporkan oleh pihak TNB.

Kedua-dua suspek itu telah memotong dan mencuri kabel TNB itu di pencawang elektrik di Talian 132KV Bukit Jelutong-Shah Alam Utara di Seksyen 6 setelah mereka menceroboh masuk ke dalam kawasan pencawang itu.

Tindakan kedua-dua suspek lelaki itu bukan sahaja telah menyebabkan kebakaran dan letupan namun gangguan bekalan elektrik juga turut berlaku di kawasan tersebut.

2 6
Gambar sekadar hiasan

Difahamkan juga, kedua-dua suspek kini berada dalam keadaan stabil di hospital namun masih ditahan di wad.

Kedua-dua suspek juga dilaporkan mempunyai puluhan rekod jenayah lampau.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.