Seperti yang kita sedia maklum, beberapa universiti pada minggu ini sedang mengadakan istiadat konvokesyen terutamanya bagi graduan yang terpaksa menanti lama akibat penangan Covid-19. Sepanjang tempoh itu, ada antara mereka yang sudah menempuhi alam pekerjaan dan ada juga yang telah ke jinjang pelamin serta menimang cahaya mata. Hebat betul penangan pandemik ni!
2 dalam 1, majlis perkahwinan dan konvo serentak
Baru-baru ini, seorang siswazah jurusan Sains Biomolekul UiTM Shah Alam meraikan kegembiraan berganda apabila 2 detik penting dalam hidupnya, iaitu majlis perkahwinan dan konvokesyen berlangsung secara serentak semalam.
Turut difahamkan yang kedua-dua mempelai telah menempah awal pakej majlis tersebut, namun tidak menyangka ia kebetulan sama dengan tarikh graduasi yang dimaklumkan pihak universiti.
Naik pelamin siap sarung jubah, dapat ‘First Class Degree’
Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok @cmihall, pengantin wanita yang dikenali sebagai Siti Aisyah Binti Mohd Rosli bukan sahaja disarungkan jubah oleh suami tercinta, malah dia turut ‘dianugerahkan’ Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama oleh kedua-dua ibu bapanya di ruangan pelamin.
@cmihall Konvo di UiTM❌Konvo di Majlis Kahwin✅ #fyp #wedding #malaysianwedding
♬ original sound – CMi Hall & Event Space – CMi Hall & Event Space
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap yang wanita tersebut sangat bertuah dan detik ini akan menjadi memori paling manis untuk dikenang sampai bila-bila. Dalam pada itu, ada juga netizen yang turut teruja serta mahu bersanding seperti wanita tersebut jika ada rezeki jodoh dan ijazah hadir pada waktu yang sama.
Suami pun dapat, konvo pun dapat! Korang ada angan-angan nak buat macam ni tak?