in

15K Tonton ‘Live’ Datuk Red Jual Kuih Raya, Raih RM78K Sehari

Untitled Design 2024 04 03T160143.543

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red menarik perhatian netizen selepas membuat pengakuan di mana dia kini tidak bekerja dan mempunyai masalah kewangan.


Sejak pengakuannya itu dibuat, Datuk Red mendapat banyak tawaran kerja daripada jenama-jenama tempatan menerusi laman sosial, TikTok.

Terbaru, menurut laporan Kosmo!, Datuk Red didakwa memperoleh pendapatan RM78,000 sehari hasil jualan biskut Red Velvet yang dijalankannya, biskut itu yang dijual pada harga RM35 sebalang telah terjual melebihi 2,000 balang.

Artikel berkaitan: “Saya scammer yang baik” – Demi Puaskan Hati Netizen, Datuk Red Mengaku ‘Scammer

Artikel berkaitan: Datuk Red Bersyukur Dapat ‘Job’ Tak Disangka-sangka, Jadi Model Pakaian Jakel

@nurashekin

siapa yang belum dapatkan cookies red velvet datored korang boleh grab sekarang😍🤤 dah rasa mesti nak lagi #redvelvet #cookiesredvelvet #abgred

♬ original sound – ayra.dina.co – ayra.dina.co

Malah, ada netizen yang berpendapat sebelum ini Datuk Red kelihatan kekok untuk menjual di platform berkenaan tetapi kini sudah semakin petah serta bijak mempromosikan barang jualannya selain rajin melayan dan menjawab setiap soalan daripada pengguna media sosial.

Sebelum ini, isteri Datuk Red yang juga penyanyi terkenal itu, tampil memberikan sokongan terhadap suaminya meskipun sudah nekad untuk bercerai dengan lelaki itu.

Sebagai info, Datuk Red menjadi tular selepas membuat video dalam aplikasi TikTok sebagai usaha terakhir mencari pekerjaan untuk menyara keluarga dan melangsaikan hutang.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.