in

“15 saat sahaja masa diambil” – Cecah Ribuan Ringgit, Ini Kos Hukuman Gantung Seorang Banduan Di Malaysia

kos hukuman gantung seorang banduan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum sedia maklum, enam tertuduh yang merupakan bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Pasti ada yang tertanya-tanya berapakah kos hukuman gantung pesalah di Malaysia susulan kes yang tengah hangat dibincangkan di media sosial ketika ini.


Menerusi satu perkongsian video di TikTok, memaparkan proses bagaimana seorang banduan yang dikenakan hukuman gantung sampai mati dan kos hukuman itu di Malaysia.

Artikel berkaitan: Kes Bunuh Zulfarhan: 6 Bekas Pelajar UPNM Dijatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati

Artikel berkaitan: Pembunuh Kekal Ke Tali Gantung, #Throwback Kes Dirang Yang Pernah Menyayat Hati Rakyat M’sia

Dalam video tersebut, dinyatakan kos untuk menghukum gantung seorang banduan di Malaysia ialah sebanyak RM1,975, berdasarkan data pada tahun 2018.

Lebih bertambah kos seandainya mayat pesalah yang menerima hukuman gantung tidak dituntut waris dan kerajaan perlu menanggung kos tambahan lagi berjumlah RM800.

Screenshot 2024 07 25 173353

Dikatakan, tali gantung yang digunakan adalah sejenis tali yang diimport dan diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

“Setiap satu tali gantung berharga antara RM4,000 hingga RM5,000 dan mempunyai no siri serta diuji ketahanannya.

“Hanya 15 saat masa yang diambil untuk pintu perangkap di bawah lantai di buka sepenuhnya apabila gear sudah ditarik.

“Kematian berlaku dalam masa 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam tergantung.”

 

@faktazz

Kos untuk menjalankan proses 6 OKT kes Zulfadhan Osman mencecah RM11,850 Boleh lah nilai sendiri masih nak buat benda salah atau tidak #faktaz #bendabetul #suspek #zulfarhan #zulfarhanosman #upnm #universitipertahanannasionalmalaysia

♬ Kali terakhir ku lihat wajahmu – Amsyarleee

Perkongsian video itu telah membuatkan netizen berasa insaf dan gerun membayangkan proses hukuman gantung itu.

Sekadar info, Malaysia telah memansuhkan hukuman mati mandatori pada 4 Julai 2023. Ini bermaksud, hukuman gantung di negara ini tidak diputuskan dalam undang-undang secara automatik.

Sumber: TikTok

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.