Perlaksanaan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) telah menjadi perbualan ramai semenjak kerajaan PH mengambil alih kerajaan. Sejujurnya, rakyat Malaysia tak sure sama ada cukai SST ni bagus atau tak seperti yang digembar-gemburkan kerana banyak sangat fake news dan explanation ‘Guru Ekonomi’ yang tersebar kat media sosial.
Sehubungan dengan tu, Lim Guan Eng telah ke depan untuk jelaskan perkara sebenar. Beliau menegaskan bahawa, memang tak logik langsung cukai SST ni mampu bebankan rakyat lebih daripada GST, sebabnya perolehan daripada SST jauh lebih kurang daripada GST.
Menurut WORLD OF BUZZ, ini antara barang yang akan dikecualikan daripada cukai SST:
1. Sardin
2. Produk tenusu
3. Kopi
4. Teh
5. Sos cili / tomato
6. Bijirin
7. Tauhu
8. Kaya
9. Mentega
10. Basikal
11. Motosikal (bawah 250cc)
12. Barang pembinaan seperti pasir, batu bata dan simen
13. Konsultansi perubatan
14. Ubat-ubatan
15. Servis ambulans
Di samping tu, Lim Guan Eng umumkan berita baik buat para nelayan dan petani iaitu pembelian bot nelayan, traktor dan baja akan dikecualikan daripada SST jugak. Tambahnya lagi, kerajaan sudah mengkaji SST sebaik mungkin yang mana ia akan memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah.
Sama-samalah kita nantikan sama ada perlaksanaan semula SST ni dapat mengurangkan perbelanjaan rakyat nanti. Share pendapat korang mengenai SST ye!