in

140 Orang Pelabur Rugi RM43 Juta Dalam Pelaburan Patuh Syariah, Seorang Suami Selebriti Tempatan Dikesan Jadi Dalang

skim pelaburan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lebih 140 orang individu baru-baru ini dilaporkan telah mengalami kerugian yang dianggarkan berjumlah RM43 juta selepas melabur dengan sebuah skim pelaburan patuh syariah.

Memetik laporan Harian Metro, seorang individu yang juga merupakan suami kepada seorang selebriti tempatan dikatakan menjadi dalang pelaburan tersebut.


Difahamkan, ramai yang terpedaya untuk melabur dalam skim pelaburan patuh syariah tersebut kerana individu tersebut dikatakan turut bekerjasama dengan seorang tokoh kewangan Islam sebagai penasihat.

Mangsa mengatakan mereka selaku pelabur sebelum ini yakin untuk melabur dengan skim tersebut kerana ia dipromosikan oleh individu tersebut yang merupakan suami seorang selebriti yang dikenali ramai.

17

Artikel Berkaitan: Polis Johor Buka 8 Kes Siasatan, Bekas Suami Kim Seri Ditahan Dan Didakwa Terima Bayaran Mangsa

Artikel berkaitan: “Seri kena bertanggungjawab” – Bekas Suami Kim Seri Dipercayai Ditahan Polis, Kakak Dakwa Adik Dianiaya Pempengaruh

Menurut mangsa, pulangan dividen setiap suku tahun selama tiga tahun telah dijanjikan kepada pelabur oleh skim pelaburan patuh syariah itu.

Selain itu, skim berkenaan turut berjanji bahawa dividen turut akan diagihkan setiap dua bulan.

Difahamkan lagi, skim pelaburan itu berkait dengan tenaga lestari dan penghasilan biodiesel menggunakan teknologi dari negara luar di mana ia turut membabitkan perdagangan barangan komoditi seperti gula, minyak masak dan gula serta penghasilan sarung tangan.

Difahamkan, laporan polis telah pun dibuat oleh mangsa-mangsa yang terlibat dalam kes ini.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.