Setiap pasangan suami isteri pastinya mempunyai harapan untuk menimang cahaya mata, namun begitu, buat wanita yang dikenali sebagai Maira Aziz ini, penantian selama 13 tahun untuk mendapatkan zuriat punah.
Kisah Maira Aziz dan suaminya kini sedang tular dan ia meruntun hati ramai netizen setelah membaca ‘kisah perjalanan’ mereka ini.
Artikel berkaitan: “10 tahun tunggu zuriat, anak pergi sekelip mata” – Bapa Bayi Maut Nahas Di Plaza Tol Bukit Kajang
Artikel berkaitan: Rakyat Jepun Jengkel Dengan Sikap Pelancong Asing, Stroller Anak Halang Laluan Dalam Tren
3 kali gugur, disahkan ada kanser rahim
Berdasarkan perkongsiannya di TikTok, Maira dan suaminya mula berkahwin pada tahun 2012, seperti mana pasangan lain, sepanjang tempoh perkahwinan mereka, dia dan suami tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan zuriat.
Sepanjang 13 tahun itu, Maira menyatakan bahawa dia telah mengalami keguguran sebanyak 3 kali, namun begitu seperti yang perkatakan tadi, penantian tersebut terhenti setelah Maira mendapat tahu dia menghidap kanser rahim pada tahun 2024.

“Anak? Tak mungkin akan ada selepas aku disahkan ada kanser rahim pada Julai 2024. Selamat dibuang kesemuanya pada Ogos 2025. Ini takdir aku dan aku reda. Sedih? Mestilah sedih tetapi tak aku. Kuncinya adalah reda.”
Biarpun sedih, Maira cekal dan percaya bahawa Allah mempunyai aturan dan perancangan yang lebih baik buatnya.

Assalamualikum ibu – Netizen
Perkongsian tersebut telah meraih lebih daripada 900K jumlah tontonan di TikTok dalam masa 5 hari. Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang ‘memujuk’ Maira dengan cara meletakkan diri mereka sebagai anak Maira.
Lebih mengharukan, ada juga netizen dari negara jiran yang sudi menjadi ‘anak’ kepada Maira, bahkan ada juga yang menggunakan kesempatan ini untuk menumpang kasih dengan Maira kerana ketiadaan ibu bapa.

Sumber : TikTok
