in

13 Mat Rempit Dibawa Ke Surau Lepas Ditahan, Dengar Tazkirah & Solat Subuh Berjemaah

Syaz Ft 2024 09 09T161129.292

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gejala lumba haram yang sinonim dengan panggilan ‘mat rempit’ masih menjadi kerisauan terutama buat pengguna jalan raya.

Mereka ini biasanya menunggang motosikal dengan bahaya sehingga boleh menyebabkan kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain.


Artikel berkaitan: Tular Video Sekumpulan Mat Rempit Jatuh Tergolek, 2 Penunggang Motosikal Maut

Artikel berkaitan: PDRM Minta Penunggang Motor Yang ‘Diganggu’ Anggota Polis Sampai Motor Rosak Tampil Buat Laporan

Terbaru, seramai 13 orang remaja yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.

Pendekatan kali ini sedikit berbeza di mana remaja berusia 14 hingga 19 tahun itu dibawa ke surau untuk mendengar tazkirah serta menunaikan solat subuh selepas proses dokumentasi.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kesemua individu tersebut dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee bagi proses dokumentasi.

“Selesai dokumentasi, mereka turut didedahkan dengan motivasi, solat subuh berjemaah dan dilanjutkan dengan tazkirah ringkas di Surau An Nazahah, JSPT KL,” katanya.

Beliau juga berkata, pendekatan keagamaan adalah antara yang digunakan dalam menangani masalah sosial untuk penunggang motorsikal remaja di ibu negara.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan agar ibu bapa lebih memberi perhatian kepada anak-anak mereka terutama remaja yang kerap menjadi pengguna jalan raya bagi mengelak sebarang aktiviti melanggar undang-undang lalu lintas

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.