Rasanya berita mengenai ada individu yang jadikan batu sebagai makanan bukanlah perkara yang tak pernah didengari. Tapi, bagi seorang lelaki ini pula, dia mendakwa dengan memakan batu, dia dapat menyembuhkan penyakit selain menyerap rasa derita dan sedih orang lain.

India Times melaporkan, Santosh Lakra sudah memakan batuan seperti kerikil sejak 12 tahun yang lalu. Berkata dia adalah penganut agama Kristian, Santosh mendakwa perbuatan memakan batu itu membolehkan dirinya menyembuhkan penyakit dan menyerap derita yang dialami orang lain.
Menurut Santosh, walaupun sudah mengamalkan makan batu lebih sedekad lalu, dia tak pernah mengalami masalah pencernaan meskipun tak pernah bertemu doktor. Kata Santosh lagi, dia juga tak perlu makan selepas sudah makan batu sebab perutnya akan berasa penuh.
Jelas Santosh, dia akan menelan batu kerikil berukuran sekitar 1 hingga 2 sentimeter tanpa mengunyah terlebih dahulu sebagai ritual yang dipercayai mampu menyembuhkan penyakit dan menyerap rasa kesedihan dan penderitaan orang lain.
Sumber: India Times
Baca: “Selera aneh” – Warga Emas Di India Ini Suka Makan Batu Sejak 32 Tahun Lalu