in

11 Tahun Tak Nampak Batang Hidung, Gadis 21 Tahun Diganggu ‘Ah Long’ Kerana Hutang Ayah Kandung

ft ah long ganggu keluarga 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita berusia 21 tahun dan seluruh keluarganya kini diganggu oleh Ah Long selepas bapa kandungnya, yang sudah tidak berhubung selama 11 tahun telah memberikan maklumatnya kepada Ah Long itu kerana dia enggan membayar balik pinjamannya.

Berikutan itu, peminjam tersebut didakwa telah mencuri foto wanita berusia 21 tahun daripada media sosial dan sebarkan menerusi dalam talian dengan kapsyen yang menggambarkan seperti dia menawarkan perkhidmatan seks.


Artikel berkaitan : Bomba Selamatkan Kanak-Kanak 9 Tahun Yang Dihanyutkan Arus Deras Sebuah Longkang Ketika Cuba Ambil Bola

Artikel berkaitan : Bapa Terkilan Anak & Menantu ‘Lesap’, Terpaksa Tanggung Hutang Ah Long RM 200K

Menurut laporan China Press, wanita tersebut bersama bapa tirinya mengadakan sidang media dengan Persatuan Cina Malaysia (MCA) untuk menjelaskan secara terperinci mengenai situasi mereka.

Bapa tiri itu berkongsi bahawa isterinya telah bercerai dengan suami lama pada 2014 dan mereka tidak berhubung dengannya sejak itu.

Setelah meminjam wang, bapa kandung itu dilihat seperti cuba untuk ‘lepas tangan’ dengan cara berikan maklumat anak perempuannya itu.

Berikutan itu, ada 2 kumpulan penjenayah mula ‘memburu’ mereka sekeluarga sejak Februari tahun ini, wanita tersebut dimaklumkan bahawa bapa kandungnya itu telah berhutang sebanyak RM4,000 dan RM5,000.

Screenshot 2025 03 05 120521 Screenshot 2025 03 05 120552

Difahamkan, Ah Long menghubungi wanita itu dengan menghantar gambar dadah bersama ugutan yang mereka akan bawa dadah tersebut ke rumah mangsa jika dia tidak membayar hutang tersebut.

Bahkan, mereka juga menggunakan foto wanita ini dengan mengambilnya dari media sosial dan menyunting gambar tersebut untuk dijadikan poster yang mempromosikan seolah-olah dia seorang pekerja seks.

“Pada masa sama, anak tiri saya turut menerima gambar daripada peminjam. Gambar-gambar itu diambil dari media sosial anak tiri saya dan kemudian disunting dengan berniat jahat, ditambah perkataan yang membayangkan bahawa anak tiri saya menyediakan perkhidmatan seks.”

Screenshot 2025 03 05 120710

Disebabkan ugutan sebegitu, wanita tersebut menerima banyak panggilan daripada individu yang tak dikenali.

Sejak itu, mereka menyiarkan pengumuman dalam akhbar mengumumkan bahawa mereka telah memutuskan hubungan dengan bapa kandung itu dengan harapan bahawa pemberi pinjaman akan berhenti mengganggu mereka.

Sumber : WORLD OF BUZZ, China Press

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.