in

“11 tahun belajar…” – Pelajar Perubatan Terdesak Rela ‘Tanam’ Peranti Bluetooth Dalam Telinga Untuk ‘Pass’ Peperiksaan Graduasi

Bluetooth 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara terdesak, seorang pelajar perubatan sanggup melakukan pembedahan untuk ‘menanam’ peranti bluetooth di dalam telinganya untuk lulus peperiksaan akhir graduasi.

111203299 gettyimages 1146240359 e1646538083446
Gambar hiasan

Lapor portal Hindustan Times, insiden terbabit difahamkan berlaku di Mahatma Gandhi Medical College, India, dimana pelajar yang tak didedahkan identitinya itu sedang menjawab peperiksaan Perubatan Awam bersama 78 calon lain.


Menurut dekan kolej terbabit, pelajar itu sudah 11 tahun belajar di institut terbabit dan ini merupakan percubaan terakhirnya untuk lulus peperiksaan akhir untuk bergelar graduan perubatan.

Ketika sedang menjawab, salah seorang ahli ‘skuad terbang’ iaitu kumpulan pengawas peperiksaan daripada Devi Alhilya Bai University telah menarik pelajar terbabit ke tepi selepas menemukan telefon bimbit dalam poket seluarnya. Hasil pemeriksaan mendapati, alat eletronik terbabit tidak dimatikan dan sedang bersambung pada satu peranti Bluetooth lain.

Bluetooth e1646537969797
Gambar hiasan

Pun begitu, ‘skuad terbang’ gagal menemukan peranti Bluetooth lain pada pelajar berkenaan sebelum sesi soal siasat akhirnya mendedahkan pelajar terbabit ada mendapatkan pembedahan untuk ‘menanam’ peranti Bluetooth di dalam telinganya untuk menipu dalam peperiksaan berkenaan.

Peranti berkenaan difahamkan akan dihantar untuk siasatan lanjut yang akan menentukan sama ada kes terbabit perlu atau tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa tempatan.

Sumber: Hindustan Times

Baca: Pakai Selipar Ada Bluetooth, Calon Peperiksaan Di India Kantoi Meniru Ketika Ujian Kelayakan Guru

f2 selipar bluetooth e1646537129284

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.