in

11 Lelaki Ditahan Berhubung Kes Gaduh Beramai-ramai Di Inap Desa Dekat Batu Pahat

Gaduh Batu Pahat Family Day

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh diperkatakan di media sosial semalam, sebuah video yang memaparkan sekumpulan individu bergaduh dengan seorang penghantar makanan sehingga melibatkan adegan tumbuk menumbuk.

Meskipun ahli keluarga kepada individu berbaju merah telah membuat penjelasan kepada Caprice berkaitan apa yang telah berlaku, semalam, pihak polis dilaporkan telah menahan 11 lelaki tempatan bagi membantu siasatan.


https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1625494383306092549

“Kedua-dua pengadu alami kecederaan” – Polis 

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan antara 17 hingga 62 tahun.

Pihak polis katanya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada jam 2.30 petang hari Isnin yang menyatakan berlakunya pergaduhan di antara pengadu dan ahli keluarganya dengan seorang lelaki penghantar makanan di sebuah homestay di Sri Gading, Batu Pahat.

Dalam kejadian ini, penghantar makanan tersebut turut membuat laporan berhubung kejadian itu. Kedua-dua pengadu mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan badan.

“Susulan laporan ini, polis menahan 11 lelaki warga tempatan berusia lingkungan 17 sehingga 62 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

2093151

Jelasnya lagi, kesemua yang ditahan adalah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Dalam pada itu, pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut kerana boleh menjejaskan siasatan.

“Polis masih melakukan siasatan lanjut dan mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Semakan lanjut mendapati, rakaman video kejadian ini telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai komen daripada pengguna maya,” katanya.

Tak pasal-pasal pula semua kena tahan ye. Harap kes ini dapatlah diselesaikan dengan baik. 

Baca: “Dia cuba hayun helmet” – Tular Video Bergaduh Beramai-ramai, Ahli Keluarga Baju Merah Beri Penjelasan

Ft Keluarga Baju Merah Buka Mulut

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.