Apabila hari-hari kerja sibuk dan masa terasa begitu terhad, menyediakan makan malam yang lazat boleh menjadi satu cabaran. Selain itu, nak fikir masak apa pun boleh menyebabkan kita lagi bertambah penat.
Tapi korang jangan risau, dengan resipi-resipi cepat dan mudah ini, korang boleh menikmati hidangan yang bukan sahaja enak, tetapi juga berkhasiat dan mengenyangkan. Setiap resipi ini dirancang supaya boleh disiapkan dalam masa 30 minit atau kurang, menjadikan ia pilihan ideal untuk makan malam ketika minggu bekerja.
Artikel berkaitan: 6 Resipi Sahur Simple Tapi Confirm Buka Selera!
Artikel berkaitan: Disebabkan Resipi ‘Burger Ala Prosperity’ Khairul Aming, Daging Oblong Ramly Laku Keras!
1. Ayam Masak Kicap
Ayam masak kicap adalah satu hidangan klasik yang digemari ramai. Untuk resipi ni, korang boleh menggunakan bahagian ayam yang korang suka, sama ada dada, paha, atau kepak. Goreng ayam yang telah digaul dengan kunyit dan garam hingga keemasan untuk mendapatkan tekstur rangup di luar tetapi lembut di dalam.
Kemudian, tumis bawang besar, bawang putih, dan cili padi sehingga wangi. Tambahkan kicap manis dan sedikit garam untuk rasa yang seimbang antara masin dan manis. Untuk kelainan, korang boleh juga tambahkan sos tiram atau kicap pekat. Hidangan ini sangat sedap apabila digandingkan dengan nasi panas dan sedikit sayur seperti sawi atau kubis goreng.
2. Spaghetti Aglio Olio
Spaghetti aglio olio adalah hidangan pasta yang sangat ringkas tetapi penuh dengan rasa. Kunci kepada hidangan ini adalah penggunaan bawang putih yang dihiris nipis dan minyak zaitun yang berkualiti.
Cara nak buat pun mudah je, korang hanya perlu tumis bawang putih dengan api sederhana hingga keemasan, pastikan ia tidak hangus kerana ini akan buat hidangan korang rasa pahit. Selain itu, boleh juga kalau nak tambah udang, ayam, atau sayuran seperti cendawan untuk variasi. Jangan lupa untuk letak chilli flakes untuk sedikit kepedasan. Akhir sekali, gaulkan spaghetti yang telah direbus dan boleh juga taburkan keju parmesan atau herba campuran Itali.
3. Nasi Goreng Kampung
Nasi goreng kampung adalah hidangan yang mudah tetapi penuh dengan rasa tradisional. Gunakan nasi yang telah sejuk atau nasi yang dimasak semalam bagi memastikan nasi goreng tak lembik.
Tumis bawang merah, bawang putih, dan cili padi hingga naik bau. Tambahkan ikan bilis goreng dan kacau hingga semuanya sebati. Korang boleh tambah sayuran seperti kangkung atau sawi untuk menambah serat dalam hidangan ini. Untuk lebihkan rasa pula, tambahkan sedikit kicap dan sos ikan. Hidangkan nasi goreng kampung dengan telur mata dan sambal belacan. Peh mantap!
4. Sotong Masak Kunyit
Sotong masak kunyit adalah resipi yang sangat cepat dan mudah disediakan. Sotong perlu dimasak dengan cepat untuk mengelakkan ia menjadi liat. Tumis bawang putih yang dihiris bersama sedikit kunyit hingga wangi. Masukkan sotong yang telah dipotong dan gaul hingga rata. Tambahkan cili hijau atau merah untuk kepedasan dan sedikit daun kunyit untuk aroma. Kemudian hidang sotong masak kunyit ini dengan nasi putih dan ulam-ulaman untuk makan malam yang ringkas tapi memuaskan.
5. Sandwic Ayam BBQ
Sandwic ayam BBQ adalah pilihan yang cepat dan mudah untuk makan malam yang tak terlalu berat. Korang boleh menggunakan dada ayam yang dipanggang atau ayam rotisserie yang sudah siap untuk mempercepatkan proses.
Potong ayam menjadi kepingan kecil dan campurkan dengan sos BBQ kegemaran korang. Letakkan ayam ini di atas roti yang telah disapu dengan sedikit mentega, bersama sayur-sayuran seperti salad, tomato, dan bawang. Hidangkan sandwic ini dengan kentang goreng atau salad untuk hidangan yang seimbang.
6. Tom Yam Udang
Sup tom yam udang adalah pilihan terbaik untuk makan malam yang berkuah dan menyegarkan. Dengan menggunakan pes tom yam yang siap, korang boleh menyediakan hidangan ini dengan cepat. Rebus udang bersama pes tom yam, kemudian tambahkan serai, daun limau purut, dan cendawan.
Tambahkan cili padi jika korang suka sup yang lebih pedas. Yang bestnya, tom yam ini sangat sesuai dihidangkan dengan nasi putih atau bihun. Tambah-tambah pula cuaca dekat luar tengah hujan, memang lagi menyelerakan!
7. Tortilla Wraps dengan Ayam Panggang
Tortilla wraps adalah hidangan yang mudah disediakan dan boleh diubah suai mengikut citarasa korang. Gunakan tortilla yang dibeli dari kedai dan isi dengan ayam panggang, sayur-sayuran segar seperti timun, tomato, dan lettuce, serta sedikit sos seperti mayonis atau salsa.
Untuk rasa yang lebih menarik, korang boleh menambah keju parut atau avokado. Tortilla wraps ini sangat sesuai dimakan bersama sup atau salad ringan.
8. Ikan Bakar Air Asam
Ikan bakar adalah hidangan yang sihat dan memuaskan. Gunakan ikan kegemaran korang seperti ikan kembung, ikan siakap, atau ikan pari. Perap ikan dengan kunyit, garam, dan sedikit minyak sebelum dibakar di atas pemanggang atau kuali tidak lekat.
Sementara menunggu ikan masak, sediakan air asam dengan mencampurkan tomato, bawang, cili, dan asam jawa. Hidangkan ikan bakar ini dengan nasi putih dan sayuran ulam-ulaman untuk makan malam yang sihat dan padu.
9. Mee Goreng Mamak
Mee goreng mamak adalah hidangan popular yang boleh disediakan dengan cepat. Gunakan mee kuning dan goreng dengan bahan-bahan seperti bawang putih, udang, taugeh, dan telur.
Tambahkan sedikit sos cili, kicap manis, dan kicap masin untuk memberikan rasa yang enak. Untuk variasi, korang boleh je tambah daging atau ayam, dan taburkan bawang goreng serta daun bawang sebelum dihidangkan. Mee goreng mamak ini memang sedap dimakan panas-panas.
10. Telur Dadar dengan Keju dan Sayuran
Telur dadar adalah pilihan mudah dan boleh disediakan dalam pelbagai cara. Dalam resipi ini, campurkan telur dengan keju parut dan sayuran seperti cendawan, bayam, atau capsicum.
Korang juga boleh menambah herba seperti oregano atau basil untuk rasa yang lebih aromatik. Goreng telur hingga keemasan di kedua-dua belah dan hidangkan dengan roti bakar atau nasi. Telur dadar ini sangat sesuai untuk makan malam yang ringan tetapi tetap mengenyangkan.
Alamak, terliurlah pulak!