Arena bola sepak tanah air semalam dikejutkan dengan penampilan semula bintang Selangor FC, Faisal Halim di padang ketika pasukannya itu menentang Kelantan Darul Naim (KDN) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Biarpun hanya tampil di 10 minit terakhir perlawanan, kehadiran Faisal telah mendapat sorakan gemuruh dari 7,400 penonton yang hadir di stadium.
“Alhamdulillah walaupun 10 minit agak bermakna buat saya dan pasukan”
Artikel berkaitan: Pertama Kali Ke Stadium Selepas Insiden Simbah Asid, Kehadiran Faisal Halim Gamatkan Stadium
Artikel berkaitan: Kurang 100 Hari Dari Insiden Simbah Asid, Faisal Halim Kini Kembali Bermain Untuk Selangor FC
Memetik laporan Bernama, perasaan teruja pemain kebangasaan itu juga bercampur dengan rasa suka dan sedih. Walau bagaimanpun, pemain kelahiran Pulau Pinang itu juga menyifatkan ini adalah janji yang perlu ditunaikan kepada pasukan Selangor FC.
Dalam perlawanan itu, Selangor FC berjaya mengatasi KDN dengan kemenangan 2-0.
Seperti yang sedia maklum, Faisal Halim telah diserang dengan simbahan asid pada Mei lepas dan telah menjalani rawatan intensif bagi menyembuhkan luka melecur tahap 4 itu.