Jambangan bunga yang diterima dari orang tersayang pasti akan mengukir senyuman di wajah seseorang. Kesibukan dan jadual yang padat mungkin menyukarkan anda untuk membeli dan memberikan kejutan kepada mereka yang tersayang, namun jangan risau kerana anda kini mampu melakukannya tanpa perlu ke mana mana. Semuanya di hujung jari sahaja!
Kedai bunga online di Instagram ini pasti dapat membantu anda! Dan semuanya mempunyai kelainan dan keistimewaan tersendiri dalam gubahan bunga yang dibuat! Kini kami kongsikan kepada anda, 10 Kedai Bunga Online Anda Perlu Tahu Untuk Hadiahkan Kepada yang Tersayang!
1. Floratorie.co
Bukan hanya jambangan bunga untuk diberikan kepada yang tersayang, mereka juga turut menawarkan bunga tangan buat raja sehari. Jika anda adalah bakal pengantin, khidmat mereka mungkin anda perlukan kerana gubahan yang dilakukan mengikut trend terkini dan akan menambahkan seri anda di hari bahagia.
Instagram: floratorie.co
2. Dearjflower
Gubahan bunga berwarna pastel sememangnya kepakaran mereka. Lihatlah setiap hasil gubahan yang dibuat, tidak pernah mengecewakan. Bunga dan warna pastel memang sinonim dan mampu memberikan rasa tenang kepada mereka yang memilikinya. Bak kata orang, sedap mata memandang. Jadi, kini anda sudah tahu di mana anda boleh dapatkan jambangan bunga berwarna pastel kan? Hehe.
Instagram: dearjflower
3. Flaminea.co
Sedikit kelainan dipraktikkan oleh flaminea.co ini di mana gubahan jambangan bunga diletakkan di dalam kotak pelbagai bentuk. Sememangnya ia agak praktikal kerana lebih mudah untuk dibawa dan diletakkan di mana-mana tanpa merosakkan kelopak bunga atau mengubah gubahan sedia ada. Kreatif kan?
Instagram: flaminea.co
4. Michelle’s Flowery
Dari jambangan kecil hinggalah ke jambangan besar, hasil gubahan Michelle’s Flowery sememangnya cantik dan boleh membuatkan mereka yang ingin membeli dilema untuk memilih design yang terbaik. Jangan risau, mereka pasti akan membantu anda dalam pemilihan bunga dan gubahan mengikut citarasa anda.
Instagram: michellesflowery
5. Florist Wild Flower
Sesuai dengan nama digunakan, kebanyakkan gubahan dilakukan menggunakan wild flower dan ia sememangnya memberikan kelainan. Jika anda seorang yang sukakan kelainan dan wild flower, mereka lah yang anda patut cari.
Instagram: floristwildflower
6. Hemera Florist
Hemera lebih fokus kepada jambangan kecil yang sangat sesuai untuk diberikan bersama hadiah kepada mereka yang tersayang. Jambangan bunga kecil diletakkan di dalam barangan kecil seperti kotak, buku diari, cawan dan macam-macam lagi. Bunga yang digunakan memang rare!
Instagram: hemeraflorist
[sociallocker id=1666]
7. Dream In Colours
Surprise orang yang anda sayangi dengan belon beserta jambangan bunga di dalam kotak dari Dream In Colours pada hari istimewa mereka. Dihadiahkan oleh seseorang yang disayangi, ianya pasti memberi makna dan menggembirakan mereka. Kini, anda tidak perlu beli berasingan kerana mereka boleh sediakan kedua-duanya untuk anda.
Instagram: dreamincolours
8. Teamo_my
Bunga berwarna pelangi? Anda boleh dapatkannya dari mereka dan ianya pasti tidak akan mengecewakan anda serta mereka yang menerimanya! Teamo juga boleh menggubah bunga di dalam kotak bersama-sama dengan hadiah yang ingin anda berikan kepada seseorang. Menarik kan?
Instagram: teamo_my
9. A&E Lo-Fi Floral
Jambangan bunga dari mereka pasti membuat anda terkejut. Besar gilaaa! Lebih banyak bunga digubah dan semestinya ia lebih menyerlahkan kecantikan sesuatu jambangan yang disiapkan! Setiap hasil gubahan mereka confirm tidak akan mengecewakan anda.
Instagram: aeklco
[/sociallocker]
10. Syarina Sheen
Bakat menggubah bunga tidak disia-siakan oleh wanita ini sehingga ianya menjadi punca pendapatannya sebagai seorang penggubah bunga. Setiap jambangan dan gubahan yang dibuat pasti mengikut citarasa anak muda selain turut menawarkan jambangan bunga bersaiz besar dan banyak menggunakan wild flower.
Instagram: syarinasheen