in

⁠Untuk Menjaga Kesucian Masjid Dan Keselesaan Jemaah, Arab Saudi Larang Rekod Siaran Langsung Solat Tarawih

1as

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merakam jemaah yang akan menunaikan solat sunat tarawih di bulan Ramadan yang bakal tiba.

Memetik laporan Sinar Harian, larangan itu turut termasuk siaran langsung sepanjang ibadat tersebut dilaksanakan dan tidak terhad hanya pada bulan Ramadan tetapi turut digunapakai untuk semua solat berjemaah di masjid.


Screenshot 2025 02 22 at 11.36.51 AM

Artikel berkaitan: “Hebatnya pengakhirannya” – Jemaah Umrah Malaysia Meninggal Dunia Selepas Tawaf Wada’ di Masjidil Haram Pada Malam Nisfu Syaaban

Artikel berkaitan: Masjid Dapat Banyak Sumbangan Untuk Saguhati Imam Tarawih, Tapi Bendahari Minta Bayar Sikit

Objektif larangan itu adalah bertujuan untuk memastikan kesucian masjid, mebina suasana kondusif untuk beribadat dan menjamin keselesaan jemaah yang hadir.

Selain itu, kementerian tersebut juga melarang pengumpulan derma untuk jamuan berbuka puasa di dalam masjid serta mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan boleh pihak berkuasa tempatan.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.