Peminat siri animasi tempatan pastinya tidak asing dengan Ejen Ali. Pernah tampil dengan sebuah filem, kalau korang tak tengok siri animasi pun mungkin korang pernah tengok filem Ejen Ali ni lah kan.
Tular di media sosial selepas satu video yang merakam pekerja kedai mamak kelihatan seperti salah satu watak dalam animasi Ejen Ali.
Watak yang dimaksudkan itu adalah Ejen Bakar. Kalau korang nak tengok macam mana Ejen Bakar di dunia nyata, korang boleh tengok video @nurredzuan_ di bawah.
https://www.tiktok.com/@nurredzuan_/video/7361484490608299280
Untuk korang yang mungkin lupa macam mana rupa Ejen Bakar dalam animasi tu, min ada sediakan rupa Ejen Bakar di bawah.
Artikel berkaitan: Macam real& – [VIDEO] Ejen Ali Join Buat Trend TikTok, Animasi Padu Sampai Peminat Cair
Artikel berkaitan: Ini 5 Animasi Terkenal Yang Korang Tak Sangka Sebenarnya Buatan Malaysia, Cayalah!
Tengah undercover tu
Kalau korang tengok pekerja tu dengan gambar yang min letak kat atas, mesti korang pun berdekah gak kan. Memang betul-betul sama, baju biru, topi merah pusing belakang.
Mungkin ini lah Ejen Bakar dalam animasi Ejen Ali tu. Cara pakaian dan bentuk badan dah sama kan.
Mungkin tengah undercover tu. Kalau betul nama dia Bakar, memang sah-sah lah dia salah satu ejen kan.
Betul lah tu. Markas Ejen Ali pun memang betul-betul bawah kedai mamak. Kena letak bawah tempat tumpuan orang ramai macam kedai mamak supaya tak ada orang syak apa-apa.
Haa… ada menu rahsia untuk akses ke markas bawah tanah. Tapi kena nyanyi lagu Mamak Maju dulu lah baru boleh masuk.