in

⁠Serpihan Kapal Angkasa SpaceX Jejas 240 Penerbangan Di Florida

3spacex

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Letupan roket SpaceX Starship ketika pelancarannya pada Jumaat lalu mencetuskan kekecohan di ruang udara Amerika Syarikat, mengganggu lebih 240 penerbangan dan memaksa 24 pesawat mengubah laluan bagi mengelakkan kemungkinan pelanggaran dengan serpihan yang bertaburan di langit.

Screenshot 2025 03 09 at 2.04.26 PM

Susulan insiden itu, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mengarahkan henti berlepas selama lebih sejam di empat lapangan terbang utama di Florida, termasuk Miami, Fort Lauderdale, Orlando, dan Palm Beach. Keputusan ini menjejaskan ratusan penumpang, dengan 171 penerbangan mengalami kelewatan purata 28 minit, sementara 28 penerbangan terpaksa dialihkan.


Screenshot 2025 03 09 at 2.04.35 PM

Memetik laporan Astro Awani, letupan ini merupakan kejadian kedua berturut-turut yang melibatkan roket gergasi SpaceX, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan pelancarannya. FAA kini menggesa SpaceX menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kegagalan sebelum mempertimbangkan permohonan lesen untuk pelancaran seterusnya.

Screenshot 2025 03 09 at 2.05.15 PM

Dengan siasatan masih berjalan, FAA dijangka menilai laporan awal SpaceX sebelum memberi keputusan sama ada Starship boleh meneruskan misi penerbangan kelapannya atau perlu menjalani penambahbaikan lanjut.

Baca: ⁠Anak Elon Musk Calit T*hi Hidung Jadi Punca Trump Tukar Meja Pejabat Berusia 145 Tahun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.