Kementerian Pengangkutan (MOT) bercadang untuk membuat penambahan gerabak keretapi antara bandar atas permintaan yang semakin tinggi.
Artikel berkaitan: Boleh Bahayakan Keselamatan, Rapid KL Ingatkan Penumpang Agar Tidak Duduk Di Atas Panel Kawalan Dalam Tren
Artikel berkaitan: Malaysia Tidak Lagi Bebas Risiko Gempa Bumi – KetSA
Memetik laporan Berita RTM, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata cadangan itu adalah bagi menampung permintaan tinggi penumpang perkhidmatan tren elektrik (ETS) yang ingin ke bandar lain dan sekaligus meningkatkan kapasiti penumpang untuk satu perjalanan.
Trend penggunaan kereta api khususnya ETS semakin popular, bukan sahaja untuk musim perayaan tetapi waktu-waktu biasa juga.
Itu sebabnya pihak Kementerian Pengangkutan memberikan fokus yang agak tinggi kepada perkhidmatan ETS.
Loke juga menambah, sekiranya ada kapasiti tambahan, pihak MOT yakin ratusan ribu permintaan akan bertambah dan jika lebih banyak tren ditawarkan, lebih ramai akan menggunakan tren daripada menggunakan kenderaan sendiri.