Baru-baru ini tular di media sosial mengenai kontrak lebih 20 staf di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dikatakan telah ditamatkan oleh pihak pengurusan institusi pendidikan tersebut.
Pihak UKM menerusi Facebook rasmi mereka telah mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan mengenai perkara itu agar tidak berlaku salah faham.

Artikel Berkaitan: Tular Pensyarah Kanan Disyaki Terlibat Dalam Freemason, Universiti Malaya Jalankan Siasatan
Artikel Berkaitan: “Syukran jazilan” – Ramai Terlejut Ahli Parlimen Taiping Lulusan IIUM, Siap Tunjuk Kad Matrik
Menurut UKM, sebagai institusi pendidikan yang berteraskan prinsip integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik, sebarang keputusan mengenai pelantikan, penyambungan atau penamatan kontrak dilaksanakan selaras dengan peruntukan undang-undang, kuasa statutori serta proses pentadbiran yang telah ditetapkan.

UKM juga menekankan bahawa penamatan kontrak staf universiti tersebut dilakukan mengikut prosedur.
Dalam masa yang sama, UKM mengatakan pihak mereka sentiasa mematuhi peratura. dan garis panduan pelantikan staf yang digariskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam atau JPA.
