in

Wanita Bergelar ‘Datuk’ Dilarang Masuk ke Menara DBKL Hanya Kerana Memakai Skirt

Dbkl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sesiapa yang bekerja dengan badan kerajaan pasti tahu betapa ketatnya kod pakaian yang perlu diikuti — sebagai contoh anda tidak dibenarkan memakai selipar, seluar pendek dan hendaklah memakai baju yang berkolar.


Baru-baru ini, bekas presiden Malaysian Institute of Architects, Datuk Tan Pei Ing telah meluahkan rasa kesalnya di Facebook kerana dihalang dari memasuki Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya kerana memakai skirt. Dah pulak!

Menerusi perkongsiannya pada 28 September lalu, beliau telah memuat naik sebuah foto dirinya memakai blaus dan skirt paras lutut serba hitam untuk menghadiri satu mesyuarat di Menara DBKL 3.

Msian Denied Entry To Building For Wearing Skirt Dbkl World Of Buzz
sumber: wob

Menurut Datuk Tan,

“Rasa sangat marah dan terhina, lalu saya ambil gambar ini untuk kongsi pengalaman saya. Saya telah dijemput untuk menghadiri sebuah mesyuarat mewakili Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) dan saya dihalang masuk oleh pengawal keselamatan hanya kerana saya memakai skirt. Saya minta mereka rujuk hal ini kepada pegawai yang menjemput LAM untuk mesyuarat.”

Pengawal tersebut bercakap dengan seseorang di dalam telefon dan kemudian dia dengan biadapnya memberitahu saya tidak dibenarkan masuk. Setiausaha Eksekutif LAM kemudian menghubungi pegawai tersebut dan dia turun untuk menemani saya masuk ke bilik mesyuarat.

“Walau bagaimanapun, dia hanya mampu berbuat demikian setelah dia tandatangan beberapa borang. Ia memang tak masuk akal. Adakah saya kelihatan tidak sopan? Apa yang terjadi kepada jabatan kerajaan ini?

“Dengan pakaian yang sama saya telah menghadiri dua mesyuarat di Kementerian dan satu lagi di Majlis dan saya tiada masalah.”

Msian Denied Entry To Building For Wearing Skirt Dbkl Issues Apology World Of Buzz
sumber: wob

Ekoran dari entri tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati akan layanan yang diterima Datuk Tan kerana pakaiannya kelihatan sangat sopan.

Tidak lama selepas itu, Pengarah Jabatan Penguatkuasa DBKL, Salim Mansur telah mengeluarkan kenyataan maaf melalui page Facebook DBKL susulan kes tersebut yang kian tular di internet.

Menurut Salim, pihak DBKL telah pun menyiasat kes tersebut dan tindakan lanjut telah pun dibuat untuk menangani masalah tersebut.

“DBKL telah ambil maklum dan telah menyiasat pengawal keselamatan yang bertugas pada hari tersebut.

“DBKL memohon maaf di atas tindakan pengawal keselamatan yang baharu bertugas tersebut kerana tidak dapat menggunakan budi bicara yang baik berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

“Oleh yang demikian, DBKL memohon maaf sekali lagi dan teguran telah pun dibuat terhadap pengawal keselamatan tersebut.”

Baguslah kalau begitu…

Msian Denied Entry To Building For Wearing Skirt Dbkl Issues Apology World Of Buzz 2
sumber: wob

Memetik laporan dari The Star pula, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mohd Amin Nordin Abd Aziz berpendapat, “Polisi saya mudah sahaja. Saya akan benarkannya masuk. Kami sedang memeriksa siapakah pegawai yang tidak membenarkan beliau masuk kerana kami rasa pakaian yang dipakainya adalah sopan.” 

Apa-apapun semoga kes ini tidaklah berpanjangan. Mungkin kena ada kelonggaran dari segi pakaian buat mereka yang bukan beragama Islam. 

Baca:  “Pengawal itu tidak membenarkannya masuk selepas melihat dia adalah pengemis yang cacat…” 

Pengemis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.