in

Lelaki Hidup Bahagia Dengan Dua Isteri Cantik Kongsi Tips Keharmonian Hidup Berpoligami

Dua Isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehidupan lelaki ini  pasti dicemburui ramai pemuda. Mana tidaknya, seringkali kita dengar kisah pertelingkahan dalam rumah tangga apabila suami mengamalkan poligami. Namun, ternyata lelaki ini hidup bahagia meskipun mempunyai dua isteri.

Menurut Coconuts, seorang lelaki dari Thailand telah menjadi tumpuan ramai apabila diketahui mempunyai dua orang isteri yang sangat cantik dan muda. Kisah lelaki ini diketahui selepas satu gambar tersebar di internet menunjukkan dia bersama dua orang wanita cantik memeluknya dengan erat.


W2
sumber: coconuts

Gambar tersebut rupa-rupanya dimuat naik sendiri ke laman sosial oleh Warissara Poksrichan, salah seorang daripada isteri lelaki dikenali sebagai Manop Nuttayothin berkenaan. Warissara yang berusia 32 tahun juga telah memuat naik gambar tersebut dengan kapsyen berunsur kata-kata pujian terhadap suaminya.

“Semua orang menunjuk-nunjuk pasal suami mereka di Facebook. Tapi, lihatlah suami saya ini ada dua orang isteri!” kata Warissara dengan bangga.

Jika bercakap pasal perkahwinan poligami, memiliki dua orang isteri bukan perkara yang mudah dan mungkin boleh memberikan tekanan. Pun begitu, Manop yang berusia 42 tahun memaklumkan bahawa hubungan dalam perkahwinannya sangat harmoni dan tidak mengalami sebarang masalah.

Isteri 3
sumber: coconuts

Tidak seperti kisah keluarga berpoligami lain yang kita banyak dengar, kedua-dua isteri Manop juga sangat rapat antara satu sama lain. Menurut lelaki ini lagi, dia sebenarnya mempunyai tiga orang isteri. Namun, isterinya yang pertama telah meninggal dunia.

Warissara yang merupakan isteri kedua telah bersama dengan Manop lebih dari sepuluh tahun sebelum lelaki itu berjumpa dengan Nattaya Tongpan, isterinya yang ketiga. Nattaya yang berusia 26 tahun juga kelihatan sangat gembira menjadi sebahagian daripada ahli keluarga itu.

Hasil perkahwinannya, Manop dikurniakan sembilan orang anak, di mana tiga orang dilahirkan oleh setiap isteri. Melihatkan perkahwinan mereka yang bahagia, Manop menjadi tumpuan media dan telah dijemput ke sebuah rancangan untuk berkongsi petua kebahagiaan keluarganya.

W4
sumber: coconuts

Manop berkongsi bahawa rahsia kebahagiaannya adalah dia sentiasa memastikan dirinya melayan isteri-isteri dengan sama rata. Jika terlepas pandang dan sedar bahawa dia sedang melayan salah seorang lebih baik dari yang lain, Manop akan segera memperbetulkan kesalahan.

“Kadang-kadang itu boleh berlaku. Saya terlepas pandang dan sedar yang saya sedang melayan seorang isteri lebih baik daripada yang seorang lagi. Apabila saya sudah faham masalah tersebut, saya akan pastikan sentiasa melayan mereka dengan sama,” kata Manop.

“Semuanya tentang persefahaman dan timbang rasa. Kami sayangkan satu sama lain. Sebab itulah kami gembira,” kata Warissara pula.

W6

Isteri 2
sumber: coconuts

Menurut Manop yang bekerja sebagai seorang penjual alat ganti kereta di sebuah acara perlumbaan besar di Thailand, kedua isterinya sering membantu perniagaannya. Oleh sebab itu, Manop memberikan gaji kepada Warissara dan Nattaya namun tidak menyatakan jumlahnya.

Wah macam ni la bagus! Adil dengan kedua-dua isteri! Barulah bahagia…

Baca: Lelaki Gantung Diri di Loteng Rumah Kerana Tak Dapat Penuhi Permintaan 3 Isteri

Jira

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.