Jika sebelum ini Oyen Zoo Negara menjadi sensasi internet kerana gelagatnya yang sering berada dalam kandang bersama capybara, kini muncul ‘bintang’ baharu dan kali ini di Zoo Taiping pula.
Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) baru-baru ini, menerima ‘ahli baharu’ dengan kelahiran seekor anak badak air (Hippopotamus amphibius), pada 5 Jun lepas.
ZTNS dalam hantaran menerusi laman Facebook memaklumkan badak air itu dilahirkan oleh induknya bernama ‘Lek’.
Artikel berkaitan: ‘Baker’ Dari UK Ini Buat Kek Bentuk Moo Deng, Badak Air Popular Tarik Perhatian Ramai
Artikel berkaitan: Zoo Di Thailand Untung RM 1.5 Juta Gara-gara Badak Air Kerdil ‘Moo Deng’
“Lek berusia 32 tahun berasal dari Zoo Bangkok manakala bapa anak badak air berkenaan iaitu April berumur 22 tahun dilahirkan di ZTNS.
“Sebelum ini, Lek pernah melahirkan seekor badak air pada 2016 yang diberi nama Atan. Dengan kelahiran baharu ini, ZTNS kini mempunyai empat ekor badak air,” tulisnya.
Sementara itu, ZTNS turut menyambut kelahiran 16 anak kura-kura Sulcata (Geochelone sulcata) yang dianggap sebagai kejayaan ulung bagi pembiakan spesies berkenaan di zoo terbabit.
Netizen teruja nak bagi nama
Pengumuman kelahiran anak badak air itu turut meraih perhatian ramai apabila rata-ratanya teruja ingin memberikan nama kepada haiwan mamalia tersebut.
Selain itu, kelahiran anak badak air ini juga mengingatkan kepada seekor anak badak air kerdil, Moo Deng yang kini mencetuskan fenomena di Zoo Terbuka Khao Kheow di wilayah Chonburi, Thailand.
Comel ye tengok! Agak-agak korang mereka sepupu tak?
Sumber: Facebook