in

Zoo Di Thailand Terpaksa Jual 11 Ekor Gajah Gara-gara Pandemik COVID-19

Feature 3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hanya berbaki beberapa bulan saja lagi, maka genaplah dua tahun seluruh dunia dilanda virus COVID-19 namun kita masih lagi berada dalam perjuangan yang belum selesai. Industri pelancongan merupakan antara yang paling terkesan sebab orang ramai tak digalakkan untuk ke tempat awam buat masa ini.

Seperti yang terjadi kepada sebuah zoo di Thailand ini yang terpaksa menjual 11 ekor gajah sebab terkesan akibat kekurangan pengunjung, lapor Bangkok Post.


Gajah 2

Sriracha Tiger Zoo di Chon Buri telah memuat naik sebuah posting di Facebook mereka untuk menjual haiwan tersebut. Dalam status itu, zoo yang dikendalikan secara swasta itu berhasrat untuk menjual gajah-gajah itu dan berharap haiwan tersebut akan mendapat rumah baru yang lebih baik.

Gajah 4

Menurut sumber di Jabatan Taman Negara, Haiwan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan, di bawah Akta Perlindungan dan Pemuliharaan Haiwan Liar, gajah merupakan haiwan yang dilindungi.

Jadi, haiwan ini tidak boleh dijual kepada orang persendirian kecuali untuk kajian penyelidikan atau dijual kepada zoo lain. Jika gajah ini mahu dibiakkan, pihak yang terlibat juga perlu memiliki permit khas.

Ini bermakna, hanya pihak-pihak tertentu sahaja yang layak untuk beli gajah ni.

Gajah 3

Namun, difahamkan, pemilik baru haiwan berkenaan harus mengambil penjaga gajah untuk terus bekerja. Bagus jugak tu, takut kalau tukar penjaga lain, gajah tu rasa tak selesa pulak kan. 

Walaupun sedih, namun kehidupan perlu diteruskan. Takpe lah, mungkin ini yang terbaik untuk gajah-gajah ni kan. 

Sumber: Bangkok Post, Facebook Sriracha Tiger Zoo

Baca: “Dia ingat orang tak nampak”- Lucu! Anak Gajah Cuba Menyorok Belakang Tiang Elektrik Lepas Kantoi Curi Makan Tebu

Gajah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.