in

Ziarah Pusara Anak Pagi Ini, Emosi Ibu Nur Farah Kartini Masih Tak Stabil

Ibu Nur Farah Kartini Pusara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehilangan insan yang tersayang merupakan satu perkara yang terlalu menyedihkan bagi semua orang. Bertahan dan terus kuat menjalani hidup selepas pemergian mereka bukanlah satu hal yang mudah.

Itulah apa yang dialami sekarang oleh ibu kepada Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati dibunuh di ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor, Isnin lalu.


Salmah Abdullah melepaskan kerinduan terhadap anak bongsu dan satu-satunya anak perempuan tunggal apabila meluangkan masa di kubur arwah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, pagi tadi.

Artikel berkaitan: “Ramai sayang awak” – Netizen Sebak Lihat Rakan Baik Nur Farah Kartini Longlai Di Depan Kubur

Artikel berkaitan: Tular Cerita ‘Tiupan Angin’ Berlalu Lepas Telefon Nur Farah Kartini Ditemui, Pendakwah Pesan Jaga Akidah

Menurut abang arwah, Mohd Farizza Amir Abdullah, 28, buat masa ini emosi ibunya masih tidak stabil.

@utusantvofficial

Replying to @zainioffical0 . 18 JUL 24: Al-Fatihah. 📽 UtusanTV. #upsi #pekanpahang #farahkartini #trendingnewsmalaysia #fyp #beritaditiktok

♬ Untuk Terakhir Kali Kulihat Wajahmu – Ercandra

“Pagi ini abang saya membawa ibu ke kubur untuk menziarahi kubur arwah adik. Emosi ibu masih tidak ok tetapi kami reda.

“Esok, kami mungkin pulang tetapi ibu akan berada di rumah saya di Seri Kembangan, Selangor.

“Tidak pasti bila ibu akan pulang ke Miri, Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Mohd Farriza mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan bantuan yang diberikan semua pihak sepanjang urusan pengebumian adiknya.

“Saya reda dengan segala yang berlaku. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,” katanya.

451810651 1039774720848625 909097984860064075 N

Jenazah Nur Farah Kartini selamat disemadikan kira-kira 5 petang semalam. Ramai dilihat hadir mengiringi upacara pengebumian arwah termasuklah wakil Kerajaan Negeri Pahang.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.