in

Zhiddin Aziz Kongsi Detik Diganggu Lelaki Songsang Ketika Berada Di Tanah Suci

Ft Zhiddin Aziz Diganggu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ancaman serangan seksual boleh berlaku di mana-mana tempat yang kita tak terjangka, termasuklah di Tanah Suci Makkah dan juga kepada seorang lelaki.

Bagi yang mengikuti pekembangan personaliti, Zhiddin Aziz, dia kini baru sahaja selesai mengerjakan ibadah umrah, bagaimanapun selepas pulang, dia ada kongsikan satu detik yang menggerunkan buat dirinya apabila dia diganggu oleh lelaki songsang.


Artikel berkaitan : “Berhenti mengata hal orang” – Baby Shima ‘Sound’ Zhiddin Aziz

Artikel berkaitan : “Di Malaysia ada Apam Lenggang” – Netizen ‘Terkedu’ Bila Dapat Tahu Nama Kuih Ini Di Indonesia

Dalam video yang dimuat naik di TikTok yang telah meraih hampir 400K jumlah tontonan dalam masa 20 jam ia dikongsikan, Zhiddin Aziz ada kongsikan perbualannya dengan seorang lelaki Arab yang menghampirinya saat dia berada di lobi hotel di Makkah.

Dilihat lelaki tersebut bertanyakan kepadanya dengan siapa dia berada dan lelaki tersebut mahu mengekorinya untuk naik ke bilik. Pada mulanya lelaki tersebut berdalih kepadanya sehinggalah Zhiddin terus bertanya kepadanya dengan berterus terang dan bertegas jika lelaki itu adalah homoseksual dan mahu melakukan perbuatan tak senonoh dengannya.

Lelaki itu kedengaran seperti tergamam untuk mengakuinya, namun dicelah oleh Zhiddin bahawa dia tidak berminat dan tidak mahu melakukan kegiatan tersebut. Katanya, sepanjang perbualan itu, lelaki tersebut cuba sentuh-sentuh tangannya.

@zhiddinazizz

♬ original sound – zhiddinaziz – zhiddinaziz

Ada netizen mendakwa bahawa Zhiddin dilihat seperti mahu menangis dan perkara itu diakui oleh tuan empunya badan sendiri. Katanya, perasaannya pada ketika itu bercampur baur antara terkejut, cuak, terkilan dan macam-macam.

Screenshot 2024 10 25 092127

Screenshot 2024 10 25 092354 Screenshot 2024 10 25 092410

Tambah Zhiddin, kalau ikutkan sebenarnya, video asal tersebut agak lama, kira-kira dalam 20 minit, sebelum dia menghambat lelaki itu pergi. Bahkan, perkara ini sebenarnya sudah 3 kali terjadi kepadanya, dan ia juga berlaku semasa dia di hadapan rumah kelahiran Rasulullah SAW. Astaghfirullah… 

Za Za 2

Bahaya betul, rasa seram pun ada, dekat tempat suci kot.

Sumber: TikTok @zhiddinaziz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.