Kebersihan tempat awam adalah tanggungjawab kita bersama. Ini bermakna, kita harus mengajar anak-anak kita untuk tidak membuang sampah merata-rata. Tapi kalau ibu bapa yang buang sampah merata macam mana, siapa nak tegur?
Baru-baru ini telah tular sebuah video yang dikongsikan oleh Chef selebriti, Chef Wan melalui laman sosial Instagramnya tentang sikap sekeluarga yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata di airport.
Melalui video tersebut, kita boleh nampak botol air minuman Livita, air mineral dan plastik tisu yang ditinggalkan di atas kerusi airport berkenaan.
https://www.instagram.com/p/CkLFwWvIrh0/
Chef Wan juga telah meluahkan perasaan hampa dan bengang tentang apa yang terjadi kepadanya, melalui kapsyen posting Instagram itu.
Dipercayai kejadian tersebut, berlaku selepas dia beramah mesra dengan seorang wanita dan keluarganya sebelum mereka ke Terengganu.
Chef selebriti itu terkejut dan kecewa dengan tindakan wanita itu sekeluarga yang selamba meninggalkan botol air kosong dan paket tisu di atas kerusi.
“Sedih dan kecewa bila nampak orang kita yang selamba je tinggalkan sampah diaorang dengan harapan akan ada orang lain yang bersihkan,” katanya.
Dalam posting itu juga, Chef Wan berasa kecewa apabila tiada siapa yang ambil kisah mengenai sampah itu. Dia juga mengingatkan bahawa rakyat Malaysia perlu lebih bermoral lagi-lagi di tempat awam.
Chef Wan sedar yang posting berkenaan akan membuatkan ramai orang berasa tidak berpuas hati dengan tindakannya. Namun, niatnya hanya untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kebersihan tempat awam.
“Padahal kita ni pusing satu dunia promote tourism dan makanan serta budaya negara ini. Tak kan kita boleh tutup sebelah mata mcm tak nampak apa berlaku.”
Dia mengakhiri posting itu dengan meluahkan rasa terkejut dan hampa dengan tindakan segelintir orang yang sanggup berbuat sedemikian.
Sebenarnya, ada betul juga apa yang Chef Wan ni cakap.. Apa pendapat korang?
Baca : “Make sure tak lepaskan!” – Fazura & Chef Wan Mahu ‘Pendera Kucing’ Terima Hukuman Berat