in

Zeena Ali Jadi Wanita Pertama Pakai Hijab Lepas Join Polis New Zealand Ekoran Serangan Christchurch

1605503240526 Pjimage 2020 11 16T155916474

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis New Zealand telah memperkenalkan hijab sebagai sebahagian daripada pakaian rasmi mereka untuk pertama kalinya selepas bekerjasama dengan pelajar-pelajar Muslim dari Kolej Polis Diraja New Zealand untuk reka pakaian yang berfungsi serta sekaligus menghormati kepercayaan pegawai polis beragama Islam.

Konstabel Zeena Ali yang telah memohon untuk sertai Polis New Zealand selepas serangan Christchurch pada tahun 2019 telah pun tamat pengajian minggu lepas dan menjadi pegawai wanita pertama dalam sejarah polis di sana untuk memakai hijab, lapor Vice.


Ketika dalam latihan, Zeena telah mengenakan beberapa bahan dan gaya serta memberikan maklumbalas kepada Polis NZ dan Sekolah Rekabentuk Massey untuk menghasilkan hijab yang sesuai. Betul-betul selepas wanita ini tamat pengajian, dia telah pun mempunyai pakaian rasmi lengkap dengan hijab untuk dipakai pada hari graduasi.

Saya bangga dapat keluar dan tunjuk hijab Polis New Zealand sebagai sebahagian dari pakaian rasmi. Saya rasa lepas tengok pakaian saya, makin ramai wanita Muslim yang akan turut serta.”

Zeena yang dilahirkan di Fiji sebelum pindah ke New Zealand ketika dia masih kanak-kanak mengatakan yang dia bangga dapat menjadi wakil komuniti Muslim dan wanita Muslim di dalam pasukan polis negara.

Nz Michelle Evans

Insiden itu (serangan Christchurch) buat saya sedar yang lebih ramai wanita Muslim diperlukan untuk menyokong orang. Jika saya dah sertai lebih awal, saya dah ke sana untuk membantu.”

Konstabel ini juga percaya, jika lebih ramai wanita yang sertai pasukan polis, negara ini juga boleh mengurangkan kadar jenayah.

Apa yang menariknya, semasa membuat rekaan hijab ini, pihak polis di New Zealand betul-betul menitik beratkan rekaan dengan berbincang secara rapat dengan Zeena bagi memastikan hijab yang diperkenalkan itu sesuai digunakan dari segi keselamatan dan kesihatan serta keselesaan peribadi.

Wow bagusnya New Zealand ni!

 

Baca: [Video] Warganet ‘Salute’ Dengan Tindakan PM New Zealand Sanggup Potong 20% Gaji Sendiri Selama 6 Bulan Demi Rakyat

Screenshot 2020 11 18 At 6.08.25 Pm

Sumber: Global News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.