in

“Zalimnya kita..” – Tasik Puncak Alam Kotor Dipenuhi Sampah, Team Founder Misi Bantu Bersihkan

tasik 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ingat lagi masa sekolah dulu, kita diajar untuk menjaga kebersihan alam sekitar sebab kalau tak, banyak kesan buruk boleh terjadi seperti pencemaran air.

Satu hantaran video oleh @foundermisi di TikTok, menunjukkan keadaan salah sebuah tasik yang terletak di Puncak Alam, Selangor dilihat sangat kotor dan dipenuhi sampah sarap botol plastik.


Team Misi bantu bersihkan

Pengasas aplikasi Misi, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi turut meluahkan rasa sedih melihat keadaan itu sebelum dia, pasukan Misi serta pasukan yang lain bersama-sama mengambil inisiatif terbaik untuk membersihkan tasik tersebut.

Artikel berkaitan: “Respect!” – Penyokong Jepun Curi Tumpuan Di Piala Dunia 2022, Kutip Sampah Sampai Stadium Bersih

Artikel berkaitan: “Dah ramai tegur” – Peniaga Guna Tong Sampah Untuk Rendam Sotong Yang Mahu Dijual Dapat Perhatian KKM

Harap tiada yang komen kami fokus macam-macam Misi. Ini cuma tanggungjawab kami terhadap kawasan Puncak Alam, tempat kami duduk. 

tasik 3
Sumber: TikTok

Mereka bagaimanapun telah membeli beberapa peralatan di kedai seperti jaket keselamatan, beberapa jaring pembersih kolam dan sebagainya. Sebuah bot turut digunakan untuk memudahkan kerja mereka. Kesemua sampah sarap dikaut, dikumpul dan dibuang sebaiknya ke dalam plastik sampah.

2 jam belum settle?

Dua jam sudah pun berlalu, longgokan sampah dalam tasik itu masih lagi banyak, jadi mereka perlu berehat sebentar sebelum sambung misi tersebut. Walaupun letih, mereka semua nampak bersemangat melakukan kerja mulia itu.

Semua dalam video ni adalah team pengasas kafe dan team HQ Misi seramai 40 orang. Ini sebagai aktiviti khidmat masyarakat sebelum aktiviti bawa semua team meals entertainment seminggu sekali. 

Saya cuma nak sampaikan bahawa ‘Kita kena bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi di atas bumi ini.’

Rata-rata netizen di ruangan komen berterima kasih kepada semua sukarelawan tersebut kerana telah membersihkan tasik tersebut.

tasik 1 tasik 2

Terima kasih korang!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.