Seperti yang kita sedia maklum, Perdana Menteri Malaysia sekarang adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan beliau merupakan Naib Presiden UMNO manakala pengerusi untuk Parti Barisan Nasional (BN) merupakan Ahmad Zahid Hamidi.
Timbul sedikit kecelaruan berkenaan dengan calon yang bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri seandainya parti ini menang dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) 19 November nanti.
Keputusan di tangan Agong
Disebabkan itu, Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menentukan siapa yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri.
“Kita yakin bahawa kuasa mutlak Agong terdapat di dalam perlembagaan persekutuan 43 (1) (B) ialah adalah kuasa mutlak melantik perdana menteri.
“Saya yakin Tuanku akan menggunakan kebijaksanaan untuk menentukan siapakah akan perdana menteri apabila BN memperolehi jumlah majoriti yang mencukupi untuk kita menubuhkan kerajaan,” katanya kepada malaysiakini.
Kalau diikutkan, apa yang kita faham selama ini adalah mengikut kelaziman dan tradisi, Presiden Umno akan menjadi perdana menteri sekiranya BN yang diterajuinya menang pada pilihan raya, cuma kali ini agak lain sedikit.
Malah, Ismail Sabri juga ada berkata, pemilihannya sebagai calon jawatan utama pentadbiran kerajaan itu telah diputuskan secara jelas pada Persidangan Agung Umno 2021 serta keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada April lepas.
Baca : “Siapa jadi Perdana Menteri?” – Dr M Dedah Siapa Dalang Disebalik ‘Langkah Sheraton’