in

Yusuke Taniguchi : Cashier Yang Boleh Ingat Butiran Kad Dengan Tepat Dalam Sekelip Mata & Gunakannya Untuk ‘Songlap’ Duit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Membuat pembayaran menggunkan kad, adalah kaedah lebih mudah dan dianggap lebih selamat jika nak dibangdingkan bawa wang tunai banyak-banyak supaya tak mudah kena curi.


Tanggapan ini boleh buatkan korang jadi kurang setuju sepenuhnya selepas mengetahui apa yang pemuda dari Jepun, Yusuke Taniguchi boleh buat, dengan hanya berikan kad korang dekat dia dalam masa yang singkat sahaja.

 

Boleh ingat maklumat dengan tepat

Yusuke Taniguchi merupakan seorang pekerja cashier di sebuah pusat membeli-belah di Koto City, Jepun.

Seperti yang dikatakan tadi, dengan hanya memberikan kad kredit kepadanya untuk membuat pembayaran sahaja, Yusuke telah berjaya memperdaya 1,300 orang pelanggan tanpa mereka sedari.

Tanpa menggunakan alat, Yusuke ada satu kelebihan berbanding manusia biasa, jadi kelebihan itulahh dia gunakan untuk ‘songlap’ duit-duit pelanggan dengan hanya menggunkan ingatan fotografinya.

Menurut iluminasi, ada beberapa perdebatan sama ada Yusuke mempunyai ingatan fotografi (satu kelebihan yang membolehkannya ingat  segala butiran dengan tepat beberapa bulan selepas dilihat ataupuun ingatan eidetik dimana individu itu boleh ingat semula butiran yang tepat beberapa minit kemudian.

Debat ini tercetus kerana Yusuke ada simpan buku nota dengan maklumat-maklumat tersebut di dalamnya.

Macam mana Yusuke boleh buat?

Kad itu dia tak curi, dia akan pulangkan balik. Tapi macam mana dia buat?

Sepanjang masa pelanggan membuat transaksi bayaran tersebut, Yusuke mampu hafal nama pengguna serta nombor, tarikh luput dan kod sekuriti pemiliknya sepantas kilat.

Apa yang dia ingat itu pula memang tepat!

Tapi apa tujuan dia buat macam tu? Yusuke akan gunakan maklumat itu untuk dia online shopping, dia akan beli barang dan jual semula untuk dapatkan wang bagi menampung perbelanjaan hidupnya.

Dengar macam geniuskan? Tapi kehebatan Yusuke itu pada mental dia sahaja, kegiatan yang dilakukannya itu tidaklah selicik mana apabila polis dapat kesan pembelian haram yang dibuat untuk guna maklumat kad kredit orang tu dihantar terus ke rumahnya. Lapor Japan Today

Yusuke ada membeli beberapa beg silang mahal yang harganya makan kos sehingga RM 10,000 dengan niat untuk menjualnya semula.

 

Baca : Songlap Untung Sampai Berjuta Ringgit, Staff Telco Ditangkap Sebab Makan Rasuah Dedah Maklumat Peribadi Pengguna

Sumber: WLBT.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.