Jika korang kenal dengan pelakon dan pendakwah terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi, korang pasti juga kenal dengan adiknya, Ria Ricis yang juga sangat famous di negara seberang sebagai seorang Youtuber.
Nama Ria Ricis menjadi sebutan netizen baru-baru ini apabila dia dikatakan telah meneruskan IG live di Instagram walaupun ketika sedang membuang air kecil, lapor mStar.
Menerusi video yang dikongsikan Instagram @lambegosiip, Ria yang sedang berborak dengan netizen menerusi live itu memberitahu dia ingin membuang air kecil atau ‘pipis’ dalam Bahasa Indonesia.
https://www.instagram.com/p/CcCNAN3vRN-/
Pun begitu, dia tidak tegar untuk meninggalkan 13,000 penonton di live tersebut dan kemudian mengajak kesemuanya untuk menemani di tandas sambil dia meletakkan posisi kamera di belakang tanpa melihatnya sedang membuang air kecil. Boleh pulak macam tu ye…
Ria yang sedang hamil anak pertama itu juga memberitahu yang ia merupakan satu kebiasaan bagi ibu-ibu hamil untuk sering ke tandas membuang air kecil.
Sebaik sahaja dia selesai membuang air kecil, jumlah penontonnya tiba-tiba meningkat jadi 17,000!
“Lihat adiknya begini, jadi teringat kakaknya… ibarat tak matching”
Video berkenaan mendapat respon negatif netizen yang mana rata-rata mengatakan Ria sengaja melakukan hal demikian demi ‘content’. Malah ada juga di kalangan netizen membandingkan sikap Ria dan kakaknya, Oki yang jauh berbeza kerana Oki dilihat lebih menjaga tatasusilanya.
Haih macam-macam ye. Agaknya dia sayang dengan followers dia tu, sebab tu dia bawa sekali masuk toilet sebab tak nak dorang lari.
Baca: Beri Ceramah Isteri Tutup Aib Suami, Ustazah Oki Dituduh Merelakan Keganasan Rumah Tangga?